Ari Lasso Cerai Lepas 25 Tahun Kahwin, Pernah Ditentang Keluarga Beza Agama
Maliah Surip
25/10/2024 12:45 MYT
25/10/2024 12:45 MYT
Solois yang juga merupakan bekas vokalis Dewa 19, Ari Lasso mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Vita Dessy Catur selepas 25 tahun berkahwin.
Menerusi kenyataan yang dikongsi di Instagram, Ari Lasso juga menjelaskan tidak akan berkongsi sebab perceraian dan hubungan dia bersama bekas isteri berada dalam keadaan baik.
“Jadi sejak Februari 2024 (tepat silver anniversary), saya dan Vitta Dessy sudah rasmi bercerai kerana alasan yang tidak mungkin saya tulis dan jelaskan. Titik.
“Yang penting kami berdua (dengan persetujuan anak-anak sepakat berpisah baik-baik dengan bantuan seorang lawyer untuk mengurusnya tanpa urusan ini tersebar," tulis Ar Lasso.
Menurut rakan duet Melly Goeslaw dan Bunga Citra Lestari itu lagi dia tidak menghebahkan perceraian kerana menyifatkan ia sebagai masalah peribadi.
"Namun kerana sudah cukup lama dan ada komen-komen yang kurang baik di media sosial saya yang saya cukup penat menghapusnya, di beberapa medsos lain, makin agak liar, maka saya putuskan untuk menjelaskan via akun IG saya.
"Tujuan saya agar segala gosip, tekaan dan prasangka-prasangka tidak berkembang menjadi fitnah," sambungnya menegaskan.
Pernikahan mereka sempat menjadi sorotan lantaran ditentang orang tua Dessy kerana berbeza agama.
Ari Lasso merupakan penganut Kristen manakala isterinya beragama Islam.
Hasil perkahwinan mereka dikaruniai empat orang anak, yakni Aura, Audra, Abraham dan Alessandra.
BERITA TRENDING: Ditinggal Pesawat, Batik Air Tawar Duit, Ari Lasso Minta Beri Pada Yayasan Kanser
Perceraian tersebut malah sudah berlaku pada Februari 2024 namun baru diumumkan kerana enggan melihat banyak perkara tidak betul disebarkan.Menerusi kenyataan yang dikongsi di Instagram, Ari Lasso juga menjelaskan tidak akan berkongsi sebab perceraian dan hubungan dia bersama bekas isteri berada dalam keadaan baik.
“Jadi sejak Februari 2024 (tepat silver anniversary), saya dan Vitta Dessy sudah rasmi bercerai kerana alasan yang tidak mungkin saya tulis dan jelaskan. Titik.
“Yang penting kami berdua (dengan persetujuan anak-anak sepakat berpisah baik-baik dengan bantuan seorang lawyer untuk mengurusnya tanpa urusan ini tersebar," tulis Ar Lasso.
Menurut rakan duet Melly Goeslaw dan Bunga Citra Lestari itu lagi dia tidak menghebahkan perceraian kerana menyifatkan ia sebagai masalah peribadi.
"Namun kerana sudah cukup lama dan ada komen-komen yang kurang baik di media sosial saya yang saya cukup penat menghapusnya, di beberapa medsos lain, makin agak liar, maka saya putuskan untuk menjelaskan via akun IG saya.
"Tujuan saya agar segala gosip, tekaan dan prasangka-prasangka tidak berkembang menjadi fitnah," sambungnya menegaskan.
BERITA TRENDING: Mula Jauhi Alkohol, Ari Lasso Dedah ‘Gila’ 8 Bulan Hanya Ulang Alik Hospital
Sekedar informasi, Ari Lasso dan Vita Dessy menikah pada 8 Februari 1999.Pernikahan mereka sempat menjadi sorotan lantaran ditentang orang tua Dessy kerana berbeza agama.