gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Meganya! Rabbani Muncul Dengan Konsert Intifada Rabbani September Depan
HIBURAN
Asia Championship 2025 Tawar Aksi Tinju Moden Bersulam Dunia Digital
VIRAL
Bintang TikTok Mati Diracun Akibat Tolak Kahwin Paksa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kecoh Di TikTok, Konsert Ari Lasso Ditonton 15,000 Jin? - "Kami Diingatkan Jangan Mandi Hingga Keluar Dari Kota"

Amri Hassan
Amri Hassan
20/11/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
Kecoh Di TikTok, Konsert Ari Lasso Ditonton 15,000 Jin? - "Kami Diingatkan Jangan Mandi Hingga Keluar Dari Kota"
Kisah penyanyi Ari Lasso membuat persembahan di hadapan jin tular semula di TikTok beberapa minggu lepas. Perkara sebenar diakui Ari yang telah berlaku sekitar 16 tahun lalu.
Kongsi Ari, kejadian mistik itu berlaku ketika dia bersama-sama ADA Band mengikuti sesi jelajah ke 30 buah kota di Indonesia untuk mengadakan persembahan nyanyian.
"Ketika itu tahun 2005, band kami menjelajah ke 30 buah kota dan ketika tiba di salah satu kota kami dinasihatkan agar mengendahkan jikalau ada penonton yang aneh.
"Saya tak dapat pastikan sama ada itu jin atau makhluk halus tapi kami diingatkan agar jangan mandi sehingga keluar dari kota itu.
"Ketika di pentas, memang rasanya sangat unik dengan penonton 15,000 orang di dalam stadium. Ada yang menari-nari, seperti asyik sendiri. Saya rasa biasa saja," ceritanya ketika diundang ke Tonight Show sekitar Ogos lalu.
Tambah Ari, keadaan menjadi semakin aneh apabila selesai mengadakan konsert terbabit ketika mereka sekumpulan mahu keluar dari stadium terbabit.
"Di stadium itu cuma ada satu pintu, pintu sama juga digunakan untuk penonton keluar masuk. Begitu juga anggota band.
"Ketika saya turun untuk ke kereta, tiba-tiba stadium sudah lengang. Ada orang tapi tak seperti keadaan yang saya menyanyi dua minit sebelumnya.
"Saya kira hebat penonton di kota ini, keluar satu pintu dengan cepat dan teratur. Stadiumnya sudah sepi, mungkin ada ramai di luar.
"Tapi bila keluar stadium, sama saja. Saya lagi kecewa kerana lagi sepi. Ia sangat tak masuk akal. Jadi, saya dinasihatkan agar tidak terus membahaskan perkara itu," tambahnya.
View this post on Instagram
A post shared by MUSIK INDONESIA ?? (@musikku.id_)
Ketika pulang ke hotel, pengurusnya terlanggar pantang hingga menyebabkan kejadian buruk berlaku kepada salah seorang anggota produksinya.
"Pengurus saya terus mandi setibanya di hotel, kemudian salah seorang daripada produksi saya kalau tak salah namanya Ucop keluar hotel lima minit kemudian.
"Ketika sedang menyeberangi jalan untuk membeli rokok, dia tiba-tiba dilanggar hingga patah tangan. Saya kira, kesialan itu instantly," ceritanya lagi.
Terdahulu, akaun TikTok milik @amirafauzaa berkongsi kisah konsert Ari Lasso yang ditonton oleh jin hingga kecoh diperkatakan ramai.
Pada 2019, Ari pernah berkongsi kisah mistik itu menerusi Podcast YouTube Raditya Dika.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
#Viral
#Konsert
#Indonesia
#Mistik
#TikTok
#Ari Lasso
#Jin
#ADA Band
#Kalimantan
#Stadium
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement