Ada satu ikatan luar biasa antara pemilik dan haiwan kesayangan, sama seperti yang terjadi kepada penyanyi Ariff Bahran yang kehilangan kucing kesayangannya bernama Ivy baru-baru ini.

Sayu dan sedih, Ariff berkongsi khabar duka itu menerusi beberapa hantaran di Instagram memberitahu kucingnya itu telah meninggal dunia sebelum sempat bertemu dengan haiwan kesayangannya itu.

"Saya dalam perjalanan untuk mendapatkannya semua sebab rindu. Kami berpisah sementara sebab saya mahu 'kahwinkan' dengan kucing kawan saya.

"Mengenali Ivy, dia sangatlah aktif. Lompat sana sini pantang nampak pintu terbuka.

"Saya hubungi kawan saya 10 minit sebelum sampai. Ivy tiba-tiba meloncat keluar, ketika itu kawan saya membuka tingkap rumah untuk biar angin masuk. Tingkap itu dari tingkat 10... Tak sempat nak jumpa Ivy. Saya minta maaf," coretnya sayu.

Pelantun lagu Kata Akhirmu itu turut berkongsi videonya menangis teresak-esak di samping Ivy sebelum menanamnya di kawasan lapang.

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)


Kata Ariff lagi, kematian Ivy salah satu daripada kisah pahitnya sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

"Buat sesiapa yang mengenali diriku ini, terlalu banyak perkara berlaku sejak beberapa minggu ini.

"Sungguhnya ujian Mu yang berat hanya untuk orang yang hebat Ya Allah.

Difahamkan, kucing dari baka Ragdoll itu dibela Ariff sejak setahun lalu.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!