Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

Gempak
24/07/2024 08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.

Langgar Kontrak

CEO Armani Entertainment Sdn Bhd iaitu Dato KK Chua memaklumkan pihaknya akan menuntut semula wang berjumlah RM500,000 daripada Michael kerana melanggar kontrak yang telah ditandatangani pada 1 Oktober 2021.

BERITA TRENDING: Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

BERITA TRENDING: “Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan


“Kami sudah bayar kepada Michael Ang RM500,000; RM250,000 secara tunai dan RM250,000 untuk sumbangan renovasi rumahnya di Desa Park yang direkod dalam show 'Fix It Til You Make It’,” jelasnya kepada pemberita.

Gagal Laksanakan Tanggungjawab

Jelasnya lagi, tuntutan itu dibuat berikutan Michael gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah termaktub dalam kontrak tersebut.

“Antaranya adalah mendapatkan sekurang-kurangnya empat pelakon dari Armani Entertainment sebagai watak utama dan 6 pelakon pembantu dalam drama yang dihasilkan Michael Ang'

“Memasukkan lagu Armani Entertainment sebagai original soundtrack OST dalam drama yang dihasilkan Michael Ang'

BERITA TRENDING: Dikatakan Lebih Sesuai Jadi Duta Pelancongan Melaka Berbanding Fan Bing Bing, Ini Komen Michael Ang

BERITA TRENDING: Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”


“Michael Ang perlu mendapatkan 20 orang talent untuk dijadikan artis naungan Armani Entertainment,” jelasnya lagi.

Disebabkan tidak dapat memenuhi perjanjian dan enggan memulangkan wang, Michael meminta agar diberikan peluang kedua.

“Selepas perjumpaan kedua, maka kami sign satu supplemental agreement pada tarikh 2 September 2022,” katanya lagi.

Menurut Chua, antara tanggungjawab yang dipersetujui kedua-dua pihak adalah dengan memulangkan wang berjumlah RM50,000 kepada Armani Entertainment sebelum 15 September 2022.

“Dalam kontak kedua, Michael bersetuju membawa artis naungan Armani Entertainment diberikan peranan pelakon pembantu watak utama lelaki atau wanita dalam drama yang akan datang terbitan Michael.

“Memasukkan sekurang-kurangnya 10 buah lagu terbitan Armani Entertainment dalam drama yang dihasilkan Michael.

“Membawa masuk projek berjumlah RM50,000 kepada Armani Entertainment dari segi endorsement, kempen atau sebagainya,” jelasnya.

Selain itu, Michael Ang juga gagal memberi jaminan untuk membawa masuk seorang artis naungan Armani Entertainment untuk menyertai dua pertandingan program realiti stesen televisyen terkenal.

Walau bagaimanapun, Michael Ang hanya memenuhi beberapa perjanjian sahaja daripada keseluruhan kontrak antaranya seperti: Kes ini akan disebut di Mahmakah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2024.
#Michael Ang #saman #000 #RM500 #Pulangkan #armani entertainment