Penerbit dan pengarah, Michael Ang memberi respons terhadap kenyataan netizen yang memetik namanya sebagai calon yang lebih sesuai bagi menggantikan aktres China, Fan Bing Bing sebagai duta pelancongan negeri Melaka.

Michael berkata, pemilihan Fan Bing Bing sebagai duta pelancongan Melaka mungkin dibuat untuk menarik pelancong dari luar, memandangkan pelakon itu telah berjaya membina nama di peringkat antarabangsa seperti Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Respons

“Bagi saya, pelantikan Fan Bing Bing dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pelancongan Melaka. Mereka tentu mempunyai agenda dan motif tersendiri terhadap pemilihan tersebut.

“Nama Fan Bing Bing pula besar dan dikenali di peringkat antarabangsa dan tentu ramai peminat dari luar negara mahu ke Melaka jika Fan Bing Bing ‘love’ Melaka. Jadi, siapalah saya jika mahu dibandingkan dengannya.




“Tapi jika pelancongan Melaka ingin tarik pengunjung tempatan dan mahu saya berkolaborasi dengan Fan Bing Bing, saya ok sahaja!” katanya Michael ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, Michael turut menjelaskan yang dia sangat memahami dan maklum mengenai skandal mengelak cukai yang pernah dikaitkan dengan Fan Bing Bing beberapa tahun lalu.

Semalam, media melaporkan Fan Bing Bing yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu bakal dinamakan sebagai duta pelancongan negeri Melaka pada 25 Jun depan.

Menerusi hantaran BFM Radio di platform X, pengurus kepada Fan Bing Bing dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Melaka bagi membincangkan lawatannya ke Melaka pada 14 hingga 16 Jun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"