Pelakon popular, Arnold Schwarzenegger, 74, mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan beberapa buah kereta di Brentwood, Los Angeles, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Menerusi laporan TMZ, Arnold yang memandu kenderaan jenis GMC Yukon ketika kejadian telah bertembung dengan sebuah Prius merah, sebelum keretanya berguling ke atas kenderaan tersebut dan terus berputar lalu melanggar sebuah kereta jenis Porsche Cayenne.

BACA: "Saya Rasa Hebat" - Arnold Schwarzenegger Selamat Jalani Pembedahan Jantung

Kemalangan berkenaan berlaku di persimpangan Sunset Boulevard dan Allenford Avenue, sekitar 1.6 kilometer dari rumah Arnold.

Pemandu Prius mengalami kecederaan di kepala dan telah dibawa ke hospital manakala Schwarzenegger, berdasarkan gambar, cedera ringan sehingga dia dapat berbincang dengan polis di tempat kejadian.

TMZ juga menyatakan bahawa rakan rapat bintang filem Terminator itu dan personaliti kecergasan Jake "Body by Jake" Steinfeld turut berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, tiada laporan media yang menyebut sama ada Arnold memandu kenderaannya atau tidak.

BACA: Arnold Schwarzenegger Bercerai Selepas 25 Tahun Kahwin

Sumber terdekat Arnold menjelaskan bahawa Arnold sangat mengambil berat terhadap pemandu wanita yang tercedera dan berhasrat untuk melawatnya secara peribadi.

Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu ABC7 bahawa tiada tangkapan telah dibuat dan mereka tidak percaya kejadian itu melibatkan pengaruh alkohol.