Bintang Hollywood Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver akhirnya bercerai selepas mendirikan selama 25 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun mengakhiri perkahwinan mereka selepas 10 tahun hidup berasingan.

Mahkamah telah memutuskan perceraian pasangan itu pada 28 Disember lalu selepas Shriver memfailkan permohonan untuk bercerai.

Berita mengenai perpisahan pasangan itu mula bertebaran sejak Mei 2011 namun tiada sebarang kenyataan dibuat mengenai khabar angin itu.

Perkahwinan yang didirikan sejak 1996 itu mulai goyah apabila Schwarzenegger didakwa mempunyai seorang anak luar nikah bersama salah seorang kakitangannya sekitar awal tahun 2011.

Bagaimanapun, sepanjang proses perceraian, pasangan itu bijak menyembunyikannya daripada terbocor ke khalayak umum.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Katherine, Christina, Patrick dan Christopher.

Sumber: AP News