Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Artikel-Artikel Insiden Arwah Nidza Afham, Abang Aufahanie

Muhammad Ridhwan Roslan
14/08/2024 16:54 MYT

1. Abang Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging, Aufahanie Mohon Bantuan Orang Ramai - "Lokasi Terakhir, Jambatan Sungai Klang"



















Aufahanie, seorang penyanyi Malaysia, memohon bantuan orang ramai untuk mencari abangnya, Nidza Afham, yang hilang selepas keluar berjoging. Lokasi terakhirnya yang diketahui adalah di Jambatan Sungai Klang. Telefon dan dompetnya ditemui di jambatan tersebut. Keluarga telah membuat laporan polis dan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh disini!

2. Kali Terakhir ‘Update’ Dekat Teman Wanita, Aufahanie Masih Aktif Cari Abang - “Dia Tak Tunjuk Apa-Apa Perilaku…”



















Penyanyi Aufahanie memberitahu abangnya, Nidza Afham tidak menunjukkan sebarang perilaku yang pelik dan keadaannya juga dilihat baik saja sebelum dilaporkan hilang pada malam, Selasa.

Sentiasa berhubung

Aufahanie memberitahu dia sentiasa berhubung dengan abangnya menerusi panggilan telefon dan menghantar video-video lucu di TikTok setiap hari.

“Abang tak tunjuk apa-apa perilaku yang pelik, dia okay… memang okay. Hampir setiap hari saya berborak dengan dia sebab kami jenis suka bagi video kelakar di TikTok."

Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh disini!

3. Mayat Lelaki Ditemui Di Sekitar Jambatan Sungai Klang, Dipercayai Nidza Afham



















Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56

“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.

Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh disini!

4. Aufahanie Kongsi Abang Luah Hasrat Mahu Berkahwin - “Nidza Afham Manusia Paling Baik, Paling Rapat”



















Afham Seorang Yang Baik

Menerusi perkongsian di laman X pada Rabu, Aufahanie atau Aufahanie Mokhtar, 21, menyifatkan abangnya itu seorang yang berhati mulia yang pernah dia temui.

“He’s the most kindest person in this world.

“Bukan sebab dia abang saya, tapi memang dia lah manusia paling baik saya pernah jumpa.

“Kawan gelak, kawan nyanyi, nak pinjam itu ini, minta hantar ambil sana sini semua dia buat tanpa keluh. Ammm Ya Allah,” kongsinya.

Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh disini!

5. Yakin Tiada Unsur Dendam, Ibu Harap Nidza Afham Ditemui Dalam Keadaan Selamat - “Saya Dah Puas Menangis Tapi Masih…”


Doa Untuk Afham

Masih ikhtiar untuk mengesan abang kepada penyanyi Aufahanie itu, Irni juga turut berharap anak kelima daripda tujuh beradik itu dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

“Siapa yang tak sedih hilang anak, saya dah puas menangis tapi masih tak berhenti-henti berdoa agar Afham ditemui

kata ibu kepada penyanyi Nidza Afham iaitu Irni Yusmira Istihat.

Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh disini!

6. Nidza Afham Pernah Repost Video Tentang Kematian - “Kadang-Kadang Allah Cabut Nyawa Kita …”



















Kehilangan Nidza Afham pada Selasa akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki yang dipercayai penyanyi itu ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang pada malam, Rabu.

Akaun TikTok abang kepada penyanyi Aufahanie itu juga mula menjadi perhatian netizen.

Malah tindakan Nidza yang berkongsi semula sebuah video mengenai kematian pada Selasa turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita balik kerja naik motor, hujan dah elok nak masuk coner simpang depan itu, motor lain langgar dari belakang jatuh tergolek tengah jalan. Kereta lain pula mai lenyek, Allah,”

antara petikan di video tersebut. Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh disini!

Dapatkan berita-berita terkini hanya di www.gempak.com!
#Meninggal Dunia #Berita #Hilang #Aufahanie #Afham #Nidza #Sungai Klang