Hiburan

Kali Terakhir ‘Update’ Dekat Teman Wanita, Aufahanie Masih Aktif Cari Abang - “Dia Tak Tunjuk Apa-Apa Perilaku…”

gempak
Asyikin Mayudin
14/08/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kali Terakhir ‘Update’ Dekat Teman Wanita, Aufahanie Masih Aktif Cari Abang - “Dia Tak Tunjuk Apa-Apa Perilaku…”
Penyanyi Aufahanie memberitahu abangnya, Nidza Afham tidak menunjukkan sebarang perilaku yang pelik dan keadaannya juga dilihat baik saja sebelum dilaporkan hilang pada malam, Selasa.

Sentiasa berhubung

Aufahanie memberitahu dia sentiasa berhubung dengan abangnya menerusi panggilan telefon dan menghantar video-video lucu di TikTok setiap hari.

“Abang tak tunjuk apa-apa perilaku yang pelik, dia okay… memang okay. Hampir setiap hari saya berborak dengan dia sebab kami jenis suka bagi video kelakar di TikTok.

“Setiap hari tak pernah miss pun saya berborak dengan dia,” kata Aufahanie dalam keadaan sebak menerusi voice note yang dihantar kepada Gempak.

Update Teman Wanita

Berkongsi mengenai kehilangan Nidza, Aufahanie berkata kali terakhir abangnya dapat dihubungi menerusi mesej yang dihantar kepada teman wanitanya yang dikenali sebagai Miera sekitar pukul 9.04 malam, Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging, Aufahanie Mohon Bantuan Orang Ramai - "Lokasi Terakhir, Jambatan Sungai Klang"

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Sebak, Dengar Sambil Nangis" - Respon Peminat Dengar Aufahanie Nyanyi Lagu Saat Hilang Cintamu

Miera kemudian menghubungi adik Aufahanie menerusi Instagram untuk memaklumkan mengenai Nidza dan proses pencarian mula dijalankan bersama ibu mereka di jambatan Sungai Klang.

Kronologi Kehilangan

“Abang pergi jogging dekat stadium dalam pukul 8.17 malam. Dia ada update teman wanitanya, Miera yang dia dah sampai stadium. Tapi kali terakhir dia balas mesej Miera pukul 9.04 malam dan pukul 9.13 malam dah tak balas mesej.

“Bila dah tak balas tu, Miera check lokasi abang guna find my iPhone, lokasi abang dekat jambatan Sungai Klang dan tak bergerak. Bila cuba call tak angkat, Miera pun cari adik saya menerusi DM IG.

“Dari situ kami tahu abang hilang… umi dan adik saya Dari Bandar Puteri Klang pergi ke jambatan untuk cari abang,” katanya lagi.

Dua lelaki bantu

Sebelum membuat laporan polis, pencarian tersebut turut dibantu oleh dua orang lelaki yang menjumpai telefon bimbit dan dompet abang Aufahanie.
“Masa tengah cari, ada dua orang lelaki tegur umi dan adik. Mereka tanya umi nak towing kereta ke, umi pun cerita fasal abang hilang dan mereka tawarkan diri untuk cari sama-sama.

“Mereka sama-sama bantu cari abang sampai ke belakang jambatan dan jumpa satu telefon bimbit dan dompet milik abang. Dalam dompet tu masih ada IC, kad pelajar tapi kad debit tak ada dan tak pasti abang bawa duit ke tak.

“Bila dah jumpa semua itu, saya dan adik-beradik lain datang jumpa umi dan adik dekat sana untuk pergi buat laporan polis sama-sama,” katanya.

Aktif Mencari

Dalam pada itu, Aufahanie dan keluarganya juga masih aktif dalam mencari abangnya dari pukul 1 pagi hingga kini.
“Ikhtiar lain yang saya dan keluarga buat sekarang dari pukul 1 pagi sampai sekarang, kami adik-beradik masih aktif mencari abang sekitar Klang dan jambatan,” ujarnya.
Terdahulu, Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mengesan abangnya, Nidza Afham yang gagal dikesan sejak petang semalam.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Aufahanie meminta orang ramai untuk memberikan maklumat sekiranya bertemu individu yang memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024