Pelakon prolifik Datuk Rosyam Nor menggesa artis yang belum mendapatkan suntikan lengkap vaksin mahupun golongan anti vaksin agar menolak tawaran berlakon.
BACA: "So Bloody Arrogant!" - Fauziah Nawi, Michael Ang Tegur Pelakon & Produser Buat Onar Tak Vaksin Tapi Kalut Nak Shooting
Kata Rosyam, kesedaran itu perlu wujud daripada diri individu agar tidak merisikokan pihak lain kesan daripada kedegilan sendiri.
"Seluruh rakyat berdepan masalah kehidupan dan ekonomi sepanjang pandemik, jadi apabila peluang dibuka diharapkan patuhlah.
"Kalau seseorang pelakon itu anti vaksin atau belum lengkap vaksin, sepatutnya mereka sendirilah yang ambil keputusan untuk menolak atau menarik diri sekiranya ditawarkan berlakon," ujarnya.
Rosyam ditemui pada sidang media maya pelancaran wajah baharu TV9 pada Khamis.
Dalam pada itu, tegas Rosyam lagi, pelakon atau artis sedemikian yang perlu sedar diri agar tidak menyusahkan pihak lain yang ingin mencari pendapatan apabila sektor industri kreatif baru mula bernafas.
"Semua orang nak bekerja kalau dia rasa tak nak vaksin, kita tak marah pun tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak bekerja," tambahnya.
Kelmarin, pelakon veteran Fauziah Nawi menyatakan kekesalan terhadap sikap degil dan mementingkan diri sendiri segelintir produser yang mengambil pelakon anti vaksin untuk berlakon.
Hal itu berkemungkinan merisikokan industri seni sekiranya kebenaran untuk berkerja ditarik balik.
Perdana Menteri menerusi sebuah kenyataan pada Selasa memaklumkan semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 9 September 2021.
Amri Hassan
Fri Sep 10 2021

.jpg?ext=.jpg)
5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Trauma - "Niat Saya Untuk Menghiburkan Anda Saja"
su terbabit memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan bisnesnya.

Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?