Pelakon sensasi Indonesia, Vanessa Angel dan suami, Bibi Andriansyah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Tol Nganjuk, Surabaya pada Khamis.

Khabar duka itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombes Gatot Repli Handoko.

Maklum Gatot, kenderaan terbabit membawa lima penumpang termasuk Vanessa dan suaminya.

"Penumpang lima orang. Dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera. Dua yang meninggal dunia ialah Febri Andriansyah dan Vanessa Adzania," katanya kepada media Indonesia.

Manakala, mangsa yang cedera dikejarkan ke Rumah Sakit Kertosono Nganjuk.

Sebelum kejadian, Vanessa sempat mengemaskini Instagram Stories menyatakan dia berada di dalam kenderaan terbabit.

Difahamkan Vanessa berada di luar kawasan untuk menghadiri sebuah acara bersama suami dan anaknya.



Sebelum ini, Vanessa, 28, pernah mencetuskan kontroversi apabila dijatuhkan hukuman penjara lima bulan apabila didapati bersalah terbabit dengan pelacuran.

Vanessa ditangkap bersama seorang bapa ayam ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada Januari 2019.

Pada Disember 2019, Vanessa berkahwin senyap-senyap dengan Bibi Andriansyah. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Gala Sky Andriansyah yang baru berusia setahun.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!