Laman Utama
“Asal Datuk Seri Je Suami Saya Kena, Siap Panggil Gemuk Bab* Bagai!” – Datin Alyaa Bengang Dituduh Scammer!
Individu yang ditahan membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram dan Macau Scam baru-baru ini, Datin Alyaa Syuhaila meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Instagram (IG)nya.
Alyaa menerusi ruangan IG Stories bengang apabila suaminya dikenali dengan nama Datuk Seri Addy Kanna dituduh sebagai individu yang melarikan diri dengan melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain kecewa dengan tuduhan tersebut Alyaa juga berang apabila warganet mencaci dan melakukan penghinaan fizikal yang menyamakan bentuk badan suaminya ‘gemuk macam babi’.
“Asal Datuk Seri je suami saya kena. Asal lari je suami saya kena tuduh. Siap orang panggil gemuk babi bagai. Kenapa, keluarga korang tak ada yang gemuk ke? Tanya je, ke muka diaorang macam babi?
“Lepas ni apa lagi korang nak tuduh? Terutamanya media yang suka viralkan benda belum sahih! Yang netizen pun sibuk nak menghukum orang lain, semua acah-acah ahli syurga. Sendiri tak cermin muka, cakap macam tak ada agama.
“Dasar manusia munafik!,” tulisnya.
Dalam pada itu Alyaa turut meminta warganet berhenti mengada-adakan cerita selagi mereka belum disabitkan kesalahan.
“Berhenti la buat cerita bukan-bukan, biar polis lakukan siasatan. Kalau dah ada bukti kami Macau Scam baru korang boleh cakap apa je.
“Kalau kami ni Macau Scam, buktikan dulu…Kalau kami tak buat scam boleh jatuh fitnah. Yang menghasut ni pun acah-acah ahli syurga.
“OKT maksundnya Orang Kena Tangkap. Tapi belum tentu orang kena tangkap tu bersalah. SPRM jalankan siasatan.
“Kes ini pun masih dalam siasatan dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu SPRM,” katanya.
Tambah Alyaa lagi, sebelum ini dia pernah menjelaskan tidak terlibat dengan kegiatan haram tersebut dan sebab itulah akaun media sosial masih aktif seperti biasa.
“Saya pernah cakap sebelum ini saya dan suami tiada kaitan dengan Macau Scammer ini. Kalau saya menipu duit orang dah lama saya lari dan tutup akaun IG ni.
“Tapi orang fitnah kami sana sini cakap kami Macau Scam. Ada berita mentioned nama kami?,” katanya.
Nama Alyaa dan suami mula ‘panas’ apabila warganet mengaitkan mereka dengan aktiviti haram, penggubahan wang haram dan Macam Scam apabila ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Suami Alyaa turut dituduh sebagai individu bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan memanjat tembok SPRM sebelum polis mendedahkan identiti sebenar pelaku.
Must-Watch Video