Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aset Sajat Dilelong Untuk Orang Awam Sekali Lagi Pada Rabu Ini, Bawa Wang Biar Cukup!

Amri Hassan
20/12/2021 05:25 MYT
Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili plaintif OWA Resources bagi kes pelanggaran kontrak perniagaan untuk membekalkan produk bengkung dan girdle telah menerima kelulusan permohonan dari mahkamah bagi membuat lelongan awam kali kedua pada hari Rabu ini bersamaan dengan 22 Disember.

BACA: Aset Muhammad Sajjad Yang Disita 2 Minggu Lalu Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di ...

BACA: "Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta" - Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong, Tak Menangis Meratap Pun

BACA: "Go Sajat Go! Kau Memang Takkan Gagal" - Aliff Syukri Harap Sajat Kuat Tempuh Dugaan

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan agar lelongan awam kali kedua dilakukan di rumah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Pihak firma guaman kami menerima pengisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada hari Khamis, 16 Disember lepas. Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke lokasi lelongan pada hari Rabu ini," kata Nurul Hafidzah Hassan, peguam utama OWA Resources dari NHA Advocates & Solicitors.

Mereka yang ingin membida pada hari lelongan juga dinasihatkan membawa wang yang mencukupi bagi memastikan bayaran terus dibuat selepas proses pembidaan.

Senarai barang-barang yang akan dilelong pada pukul 10.30 pagi itu adalah sama seperti lelongan yang telah dilangsungkan pada hari pertama lelongan, 14 Disember lalu.

Proses lelongan awam terpaksa dilakukan untuk kali kedua pada minggu ini kerana lelongan pertama gagal apabila seorang pembida, Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol yang membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000 menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sejurus selepas sesi bidaan berakhir.

Nurul Hafidzah juga memberi penjelasan yang proses lelongan kedua ini bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar seperti diarahkan mahkamah kepada anak-anak guam iaitu Nurwati Husin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 daripada OWA Resources Sdn. Bhd. yang merupakan bekas stokis utama usahawan tersebut hanyalah wang saguhati kepada anak-anak guam.

"Objektif utama anak-anak guam mengambil tindakan undang-undang melalui kes saman sivil ini adalah bagi membersihkan nama mereka setelah dituduh menipu, memfitnah dan apabila satu laporan polis palsu telah dibuat oleh pihak defendan yang kononnya anak guam telah pecah amanah wang syarikat Muhammad Sajjad sebanyak RM1 juta.

"Selepas lebih daripada tiga tahun berjuang untuk kes ini di mahkamah, sistem kehakiman mendapati yang pihak plaintif tidak pernah menipu, memfitnah dan pecah amanah seperti yang didakwa oleh pihak defendan. Anak-anak guam tidak bersalah dan keadilan telah ditegakkan," tambah Nurul Hafidzah menerusi kiriman kenyataan rasmi kepada Gempak.

#Viral #Kontroversi #Nur Sajat #Mahkamah #Australia #Lelong #Aset #Muhammad Sajjad
;