Usahawan dan penyanyi sensasi, Nur Sajat tidak kisah sekiranya aset di Malaysia disita dan akan dilelong pada hari ini.
BACA: Aset Muhammad Sajjad Yang Disita 2 Minggu Lalu Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di ...
Kata Sajat, dia tidak perlu memikirkan soal terbabit, sentiasa berlapang dada dan mahu meneruskan kehidupan baru yang sedang dibinanya di bumi Australia ketika ini.
"Saya tak tak ada di sana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu.
"Sebagai manusia pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup cuma saya tidak menetap di sana (Malaysia.
"Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia)," katanya dalam sesi siaran langsung pada Selasa.
Tegas Sajat lagi, tidak perlu untuk dirinya berduka lara dengan keputusan yang sudah muktamad.
"Kami tak sibuk, korang pula kecoh pasal apa? Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan... Saya bersyukur apa yang berlaku.
"Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, tu duit kami yang kena lelong tu.
"Kami teriak (menangis) sebab kami rindu suasana di Malaysia dan rindu anak-anak. Saya ni manusia, tipulah saya tak menangis, tapi saya fikir balik kalau perkara (lelong) ini tak jadi sekarang, mungkin masa saya mati nanti.
"Kasihan anak-anak saya kalau harta kena lelong masa saya dah tak ada. Saya melihat perkara ini daripada sudut positif. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?" tambah Sajat.
Perlu melangkah keluar daripada persekitaran negatif yang boleh meruntuhkan kehidupan yang sedang dibinanya ketika ini, Sajat memandang perkara yang berlaku secara optimistik!
"Saya kena move on, sebab bila tengok duit di Australia ni saja jadi gembira. Lagi sedap duduk sini daripada Malaysia.
"Semua itu pinjaman, sekurang-kurangnya saya dah merasa perabot mahal! Saya anggap saya insan terpilih untuk menerima dugaan macam ini," ujarnya.
Amri Hassan
Tue Dec 14 2021
_1.png?ext=.png)

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Ya Allah, doakan Ronnie cepat sembuh.

"Mak Ayah Aku Ajar Hormat Orang Tua Tak Kira Pangkat Atau Darjat" - Idris Khan
Idris Khan bersikap tegas

Lufya Buat Laporan Polis, Nafi Dipukul Bekas Suami - "Jangan Babitkan Dia, Biar Polis Buat Kerja"
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan sudah membuat laporan polis pada pagi Rabu
.jpg?ext=.jpg)
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.
.jpg?ext=.jpg)
Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney

Pelakon Law & Order, Mary Mara Meninggal Dunia Kerana Lemas
Pelakon yang cukup terkenal dalam beberapa drama siri termasuk ER, Nash Bridges dan Law & Order, Mary Mara dilaporkan meninggal dunia.

Makan Malam Romantis, Kamal & Uqasha Terkenang Kembara Bulan Madu Dalam Episod Akhir The House
Wajib tonton episod malam ni.