Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berharap agar sahabatnya Muhammad Sajjad Kamaruz zaman atau Nur Sajat tabah menempuh dugaan.

Kata-kata semangat daripada Aliff Syukri itu dimuat naik semula oleh Nur Sajat di ruangan Insta Story, Instagramnya awal pagi tadi.

Hantaran berbentuk video itu memaparkan Aliff Syukri melewati banglo milik Nur Sajat yang terletak di Kota Damansara.

“Hari-hari lalu sini Jat, tengok rumah kau. Tengok rumah kau, teringat dengan kau. Pagi-pagi kau bersiap, make-up…Kau punya P.A muncul.

“Apa pun, selamat bagi untuk kau. Bangun dengan penuh semangat, hari ini adalah permulaan. Setiap kepahitan itu aka nada penghujung kemanisannya.

“You just follow kau punya flow, aku tahu rezeki kau ada kat mana-mana. Mana kau pergi anggap dugaan yang kau hadapi ini adalah satu dugaan untuk kau lebih matang lagi.

“Kuatkan semangat, go Sajat go! Kau memang tak akan gagal,” kata Aliff.

Sementara itu Nur Sajat, mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu kerana tidak jemu memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

“Terima kasih Datuk, selalu bagi saya semangat untuk teruskan hidup. Semangat! Semangat! Thank you sahabat,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan aset milik Nur Sajat yang disita dua minggu lepas dilelong hari ini, pada pukul 10.30 pagi.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lepas, lelongan awam dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar Sajjad kepada bekas stokis berjumlah RM200,000.

[[BACA: Aset Muhammad Sajjad Dilelong Hari Ini]]

[[BACA: Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong]]