gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ridzokumura Jawab Sebab Lot Sebelah Pusara Akiko Okumura Dikosongkan - "Tak Boleh Digali Sebab ..."
VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Assalamualaikum, Saya Mohon Maaf…Sama Macam Orang Lain, Saya Pun Ada Masalah Peribadi…” – Hannah Delisha Akhirnya Bersuara

gempak
Fiza Kamarudin
10/03/2021
16:01 MYT
Sponsor Banner
Assalamualaikum, Saya Mohon Maaf…Sama Macam Orang Lain, Saya Pun Ada Masalah Peribadi…” – Hannah Delisha Akhirnya Bersuara
Pelakon Hannah Delisha akhirnya bersuara mengenai kemelut yang berlaku di antara dia dan ibunya, Noor Ashikin Ahmad.
Hannah menerusi sebuah hantaran di ruangan Insta Story di Instagram (IG), memohon maaf kepada semua wargamaya di atas semua yang telah berlaku.
“Saya ingin memohon maaf di atas semua yang berlaku. Ya, seperti anda semua saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf kerana ia telah dikongsikan kepada umum,” katanya.
Pelakon kelahiran Singapura itu berkata, sejak awal pembabitannya dalam industri dia cuba untuk tidak melibatkan perkara peribadi dengan kerjaya.
“Sejak awal menjejakkan kaki di dalam industri ini tujuan saya adalah untuk menghiburkan anda semua dengan kerja saya, bukan hal peribadi.
“Saya cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada gossip kerana saya membawa bersama nama dan maruah negara. InsyaAllah saya akan terus kekal berada di landasan itu,” katanya.
Tambah pelakon cantik berusia 25 tahun itu turut memohon para peminat mendoakan agar dia dapat mengharungi dugaan ini. Beberapa hari lalu, ibu Hannah Delisha telah memuat naik beberapa hantaran di laman sosial, disertai dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.
Hantaran tersebut menjadi perbualan netizen yang mula berspekulasi tentang hubungan ibu dan anak ini serta mendakwa perkahwinan Hannah dengan pelakon Imam Shah tidak direstui Noor Ashikin.
[[BACA: Hantaran Facebook Ibu Hannah Delisha Dengan #IbuTidakRestu, Cetus Tanda Tanya]]
Kontroversi tersebut turut menarik perhatian ibu mentua Hannah yang kemudiaannya menitipkan ucapan sayang buat menantunya.
Mariani Yati, ibu kepada Iman Shah menerusi hantaran di laman sosial IG berkata dia akan terus mendoakan kebahagian anak dan menantu kesayangannya itu.
[[BACA: Ibu Mentua Minta Hannah Delisha & Imam Shah Sabar, Doakan Kebahagiaan Anak Menantu...]]
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Hannah Delisha
#IbuTidakRestu
#Kontroversi Ibu
Must-Watch Video