,
Berita

Astro Angkat Tema Negaraku #kitasamahero Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-60

Rozaimi Zubaidi
08/08/2017
14:04 MYT
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun ini, Astro menerusi kempen Negaraku 2017 mengangkat kisah rakyat Malaysia dengan menghargai jasa wira-wira negara.
Mengangkat tema ‘Kita Sama Hero’, Astro berharap dapat membangkitkan perasaan cintakan negara dan memupuk semangat perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, berkata, menerusi kempen Negaraku ini, Astro ingin menghargai jasa masyarakat yang telah berbakti kepada negara tanpa mengharapkan sebarang balasan.
"Kami ingin menghargai jasa wira negara yang jarang sekali dianggap wira, iaitu mereka yang terdiri daripada rakyat biasa seperti jururawat, pelombong, penoreh getah, guru, buruh binaan yang telah berbakti kepada negara tanpa mengharapkan balasan sepanjang tempoh enam dekad ini.
"Kami juga ingin semua rakyat Malaysia dengan latar belakang yang berbeza berkongsi kisah mereka supaya orang ramai boleh mengetahui tentang cerita di sebalik ketabahan dan rasa cinta mereka kepada negara menerusi kisah-kisah menarik yang dikongsikan," katanya.
Mereka yang ingin berkongsi kisah menarik mengenai #kitasamahero boleh menghantarnya menerusi pautan di laman sesawang www.astro.com.my/kitasamahero.
Selain itu, para penonton juga boleh menikmati 40 buah program baharu beserta lebih 90 buah program bertemakan Malaysia yang turut boleh didapati menerusi perkhidmatan on demand, aplikasi Astro Go dan NJOI Now.
Antara program yang bakal menemui penonton pada bulan Ogos dan September ini ialah Anak Merdeka, Road To Nationhood: Formation Of Malaysia (Part 2), #theblackhawkdown, Surviving Borneo, Di Puncak Dunia (Extra Ordinary) Malaysians dan Sixty.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!

gempak
13/11/2023
00:55 MYT
Meremang bulu roma.
Laman Utama

Lagu Negaraku Dimainkan Ketika Perlawanan Indonesia Vs UEA! Apa Sebenarnya Berlaku?

gempak
13/06/2021
04:31 MYT
Kesilapan teknikal barangkali
Gaya Hidup

Memang Best... 10 Lagu Patriotik Dulu Hingga Sekarang Yang Pasti Buat Anda Bangga Jadi Anak Malaysia!

gempak
30/08/2019
10:33 MYT
Berita

Kerana Ibu, Saya Aktif Lakukan Kerja Amal - Thanuja

gempak
31/08/2017
06:33 MYT
Berita

Tiga Wira Kampung Tempuh Dugaan & Cabaran Dalam Membela Hak Mereka

gempak
21/08/2017
02:31 MYT