Hiburan

Astro Jalin Kerjasama Dengan iQIYI, Perkhidmatan Hiburan Online Premium China

gempak
Azwa Rahman
06/11/2019
10:39 MYT
Sponsor Banner
Astro Jalin Kerjasama Dengan iQIYI, Perkhidmatan Hiburan Online Premium China
Perkhidmatan hiburan online Premium dari negara China, iQIYI telah memilih Malaysia untuk meluaskan rangkaiannya di luar negara.
Lebih membanggakan apabila Astro menjadi rakan aplikasi pertama iQIYI di luar negara China.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, Astro berbesar hati menjadi rakan aplikasi pertama bagi Iqiyi di luar negara China.
“Kami melihat kerjasama ini dapat meningkatkan servis penstriman di mana pengguna boleh menikmati pelbagai variasi kandungan dalam platform yang lebih mudah.
“Astro akan sentiasa memberikan kandungan dan pengalaman yang terbaik kepada kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Henry berkata demikian ketika majlis pelancaran usahasama ini bersama wakil iQIYI bertempat di Astro, Bukit Jalil, hari ini.
Kerjasama ini bakal menyaksikan kolaborasi kandungan pertama di antara Astro dan iQIYI untuk tiga siri asli terbitan Astro iaitu Miss Astro Chinese International Pagent, Call Me Handsome dan drama bersiri web, Why So Famous.
Selain itu, aplikasi ini turut mempersembahkan pelbagai program menarik dan terkini seperti Sword Dynasty, Tientsin Mystic 2, Once Upon A Time in LingJian Mountan, Hot-Blooded Youth, Detactive Chinatown dan banyak lagi.
Pengguna boleh mendapatkan akses secara percuma atau langgan keahlian VIP Gold (RM12.90) dan VIP Diamond (RM23.90) secara bulanan.
Istimewa untuk pelanggan Astro, pengguna boleh menikmati keahlian secara eksklusif selama dua bulan dan diskaun menarik.
Anda boleh memuat naik aplikasi ini di Apple Store dan Apple TV serta Google Play sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live