Astro telah menganjurkan Astro Junior Championship peringkat kebangsaan bagi mencungkil bakat-bakat baru di bawah umur 15 tahun.

Astro telah berjaya menarik minat banyak pasukan badminton dari seluruh negara.

Namun, hanya 32 pasukan telah terpilih bagi memulakan kejohanan yang julung kalinya dianjurkan.

Majlis pelancaran 'Astro Junior Championship U15' telah berlangsung dengan meriah dan telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam ucapan YB Encik Syed Saddiq dia berasa teruja apabila berpeluang menyaksikan kedua-dua sektor awam dan swasta bergandingan bahu untuk memastikan legasi sukan badminton negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

Turut berlangsung di majlis yang sama adalah sesi menandatangani Perjanjian Strategik di antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Astro.

Kejohanan empat hari ini berlangsung mulai Khamis, 6 September hingga Ahad, 9 September pukul 8 pagi di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

'Astro Junior Championship U15' terbuka kepada kelab serta pasukan badminton sedia ada, di peringkat negeri, sekolah dan juga pasukan-pasukan persendirian.

Pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai.

Juara akan membawa pulang RM5,000, bagi naib juara RM4,000 dan tempat ketiga RM2,500 serta tempat keempat akan mendapat trofi kejohanan.