Berita
Astro Radio Anjur Ibadah Korban Bersama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada hari ini dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
BERITA TRENDING: Sabry Sembelih 23 Ekor Lembu Korban Sehari, Simpan 39 Koleksi Parang Khas - "Paling Mahal Harganya ..."
BERITA TRENDING: Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini
BERITA TRENDING: Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!
BERITA TRENDING: Ramalan Awal MetMalaysia, Hujan Lebat Pada Aidiladha Ini
BERITA TRENDING: Ada Wan Maimunah, Confirm Meleleh Air Mata! Telefilem Ibu Pinjaman Diinspirasi Kisah Sebenar
Program ini yang julung kali dilakukan dengan kerjasama Siti Khadijah, bertujuan untuk mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekaligus merapatkan silaturahim diantara kedua-dua jenama.Penglibatan ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR dalam program ini termasuk membuat siaran secara langsung luar konti bermula jam 6 pagi di Laman Khadijah, serta sebagai sukarelawan dalam proses melapah daging korban.
‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ disertai oleh penyampai radio pagi daripada ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR termasuk Nabil, Azad, Radin (ERA); Jep, Rahim, Angah (SINAR); Issey, Fizie (GEGAR); Mawi, Anas (ZAYAN), serta personaliti-personaliti radio lain daripada Astro Radio.
Ibadah Korban ini melibatkan proses penyembelihan sebanyak 5 ekor lembu, dan daging korban diagihkan kepada kakitangan daripada Astro Radio, Siti Khadijah, golongan asnaf yang memerlukan dan masyarakat setempat.
Program ini turut disertai lebih daripada 100 sukarelawan termasuk kakitangan Astro Radio, kakitangan Siti Khadijah, serta wakil daripada Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian bagi memberkati perayaan raya korban ini dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen-kempen di Astro Radio, layari laman web rasmi atau ikuti platform media sosial jenama radio.
Must-Watch Video