,
Berita

Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini

Gempak
16/06/2024
23:55 MYT
Pada hari ini, semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Dalam kita bergembira meraikan Hari Raya Aidiladha, jangan sesekali melanggar batas syariat yang ditetapkan.

Malah, kita disunatkan melakukan beberapa perkara sewaktu pagi Aidiladha itu sendiri.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran ALLAH.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan ALLAH).” (Riwayat al-Tabarani).
Pada Hari Raya Aidiladha disunatkan bertakbir (takbir muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke-3 tasyriq, iaitu 13 Zulhijah.

Jom lakukan amalan yang boleh buat raya Aidiladha korang lebih bermakna & korang pun lebih semangat nak sambut.

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi hari.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makanan dan minum selepas pulang dari masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  8. Solat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
Sumber - Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Hafal Al-Quran Sejak Muda, Mengajar Matematik Di Makkah Antara Fakta Menarik Tentang Sheikh Maher, Penyampai Khutbah Arafah Tahun…

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Kisah Menyayat Hati Jemaah Haji Palestin Yang Dijemput Raja Arab Saudi – “Kebahagiaan Saya Tidak Lengkap Tanpa Anak, Tanpa Suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu Paling Mustajab Berdoa, Ini Contoh Doa Sempena Hari Arafah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

gempak
16/06/2024
04:47 MYT
Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah 1445 H atau pada Isnin, 17 Jun 2024 (esok).
Berita

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 17 Jun

gempak
07/06/2024
12:34 MYT
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah.
Laman Utama

Awie Syukur Bakal Jumpa Anak-Anak Dengan Bekas Isteri Raya Haji Ini - "Selama 8 Tahun Tak Pernah Berhubung"

gempak
28/06/2023
07:03 MYT
Lama tu Awie tak jumpa langsung selama 8 tahun
Laman Utama

Elly Mazlein Tak Sambut Raya Haji Besar-Besaran, Akui Sibuk Berdepan Kekangan Masa & Kerja

gempak
10/07/2022
02:50 MYT
Kak Lina tak sempat raya sakan tahun ni
gaya hidup

‘Vaksin’ Umat Akhir Zaman, “Dua Dos Ni Kena Ambil. 10 Ayat Pertama, 10 Ayat Terakhir Al Kahfi.” – Ustaz Wadi Annuar

gempak
16/09/2021
15:46 MYT
Cepatnya terasa masa berlalu. Baru minggu lepas bertemu Jumaat, dan hari ini kembali bersua Jumaat di minggu ketiga. Ini antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada penghulu segala hari.
Unitar