HIBURAN
Aswad Jalil Teruja Sambut Ramadan Pertama Bersama Isteri - “Saya Rasa 30 Hari Berpuasa Saya Tak Akan…”
Penyampai radio Gegar, Aswad Jalil, meluahkan rasa gembira kerana Ramadan tahun ini lebih bermakna baginya apabila tidak lagi bersendirian.
Menurut bekas pengacara program Hlive itu, tahun ini menjadi istimewa kerana dia dapat menjalani ibadah puasa bersama isteri tercinta, Elissa Natasya.
“Sebenarnya agak janggal sebab selalunya saya akan berpuasa sendiri selepas merantau ke Kuala Lumpur namun ramadan saya tahun ini lebih bermakna sebab saya dapat bersahur, berbuka puasa, dan menunaikan solat terawih bersama dengan isteri saya.
“Saya rasa 30 hari berpuasa saya tak akan terlepas puasa itu, sebab isteri saya memang sejenis yang bagun pagi jadi mudahlah sebenarnya, jangan terlepas ya,” katanya berseloroh.
Berkongsi tentang juadah kegemarannya, Aswad berharap isterinya dapat menyediakan masakan seperti yang biasa dimasak oleh ibunya di kampung.
Bagaimanapun, dia tidak terlalu risau kerana yakin dengan kebolehan memasak isterinya yang berlatarbelakangkan bidang kulinari.
“Kalau boleh nak makan macam daging goreng sambal yang ibu saya masak dengan berulamkan tembikai, sebab orang Terengganu jadikan tembikan itu sebagai ulam, tapi saya tak risau sebab Isteri saya daripada jurusan kulinari jadi dia memang tahu memasak cuma masakan Melayu itu dia masih cuba lagi, tapi kalau tak tahu saya boleh ajar.“Kami pernah je masak bersama tapi isteri saya dia lebih suka masak sendiri dia akan minta saya untuk tidak masuk ke dapur untuk lihat dia memasak,” tambahnya.
Sekadar info, Aswad dan Natasya selamat mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2025 dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid An-Nur, Temasya Glenmarie, Selangor.
Must-Watch Video