Hiburan

Atas Permintaan Ramai, Syurga Yang Tak Dirindukan Kembali

gempak
Syafiqah Jalal
25/02/2017
16:05 MYT
Sponsor Banner
Atas Permintaan Ramai, Syurga Yang Tak Dirindukan Kembali
Atas permintaan ramai filem Syurga Yang Tak Dirindukan (SYTD) kembali ditayangkan secara eksklusif di Astro Prima dan Astro Citra.
Filem paling laris di Indonesia itu bakal ditayangkan pada Ahad iaitu esok, 26 Februari pada jam 12 tengahari di Astro Prima (saluran 105 ) dan jam 7.45 malam di Astro Citra (saluran 131 ).
Terdahulu, penonton filem SYTD berkongsi rasa sebak selepas menonton filem ini.
SYTD telah mengundang air mata kebanyakan penontonnya dan kebanyakan mereka turut memuji lakonan hebat Raline Shah, Fedi Nuril dan Laudya Cintya Bella dalam filem tersebut.
Penonton SYTD telah berkongsi perasaan mereka menerusi laman sosial Twitter, dan memberitahu, tidak hairan SYTD menjadi filem terlaris di Indonesia pada 2015 dan menerima banyak anugerah sehingga 2016.
Rata-rata mereka mengakui bahawa filem yang ditayangkan itu sangat baik dan ia benar-benar menyentuh emosi mereka.
Filem Surga Yang Tak Dirindukan mengisahkan kehidupan keluarga yang dibina oleh sepasang suami isteri, Prasetya (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cintya Bella). Kehidupan rumahtangga mereka yang bahagia pada mulanya berubah dan mengalami konflik ketika Prasetya menyelamatkan seorang wanita, Meirose (Raline Shah) yang sedang hamil.
Merasakan kasihan dengan nasib Meirose dan anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah, Prasetya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Meirose tanpa pengetahuan Arini.
Berita baik buat semua kerana filem SYTD 2 telah di bawa ke pawagam seluruh Malaysia sejak 16 Februari ini.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live