Laman Utama
Athira Yuhada Nasihat Jaga Hati Orang Tapi Netizen Pula Jawab - “Eh Diam! Macamlah Dia Tak Sakitkan Sesiapa"
Wanita yang dikaitkan dengan pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada sekali lagi menjadi perhatian netizen.
Ini berikutan kerana satu hantaran di akaun media sosial miliknya yang menasihatkan orang ramai agar belajar menjaga perasaan seseorang tanpa menyakiti hati mereka.
“Belajarlah menjaga perasaan orang lain, jangan menyakiti. Kerana seberapa banyak kamu sujud pun, jika yang disakiti enggan memaafkan. Maka, Allah pun enggan,” tulisnya.
Bagaimanapun nasihat atau pesanan Athira itu tidak disambut baik netizen sebaiknya mengundang pelbagai reaksi mereka.
Rata-rata memberikan komen berbaur geram dengan hantaran berkenaan.
Antara komen yang diterima:
“Bila dah ambil hak orang tu lebih baik duduk diam-diam dan terima je segala kritikan dari netizen itu lebih afdal,”
“Benci betul aku orang acah-acah mangsa keadaan main dengan nama Allah ni. Yang kau tu meruntuhkan rumah tangga orang, tak fikir pula Allah maafkan ke tak dekat kau?”
“Perempuan tak tahu malu memang macam tu.
"Dia sakitkan hati isteri dan anak-anak dengan rampas kebahagian, lepas tu acah-acah tersakiti lebih. Konon mangsa keadaan,”
“Play victim. Macamlah dia tak sakiti hati sesiapa,”
Terdahulu, Athira sebelum ini telah memuat naik satu kenyataan permohonan maaf selain mengakui kesilapannya menggangu rumah tangga Hafidz dan Shuhada.
Namun beberapa hari selepas itu, Hafidz kemudiannya telah melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga.
Pada awal Khamis minggu lalu pula, netizen sekali lagi dikejutkan dengan berita Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Disebabkan itu juga, Shuhada menerima 10 jahitan pada bahagian muka.
Must-Watch Video