Laman Utama

Atlet Badminton Indonesia Kevin Sanjaya Lamar Kekasih Di Tengah Stadium!

Azwa Rahman
04/08/2022
05:45 MYT
Atlet badminton kacak Indonesia Kevin Sanjaya melamar buah hatinya, Valencia Tanoesoedibjo dalam suasana penuh romantis yang diadakan di tengah padang Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) pada Selasa.
Lamaran tersebut dibuat juga pada hari ulang tahun kelahiran Kevin atau nama sebenarnya Kevin Sanjaya Sukamuljo yang ke-27.
Memetik laporan Kompas.com, Kevin dilihat melutut sambil memegang cincin di hadapan Valencia, 29, yang juga merupakan anak seorang tokoh politik terkenal Indonesia, Harry Tanoesoedibjo.
Kawasan padang stadium dihiasi bunga segar berona putih sehingga membawa ke tengah di mana terletaknya pentas kecil khas untuk lamaran tersebut.
Turut hadir menyaksikan detik romantis itu adalah rakan-rakan terdekat Kevin dan Valencia serta ibu bapa kedua belah pihak.
Mereka dilihat memberikan salam dan pelukan setelah Valencia menerima pinangan Kevin.
Terdahulu, Kevin dikenali sebagai seorang atlet yang fokus pada sukannya dan tidak suka berkongsi perihal peribadi di laman sosial.
Namun pada 13 Januari lalu, Kevin mula berkongsi hubungannya bersama Valencia ketika menyambut ulang tahun kelahiran wanita terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.