Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Autism Ini Takkan Sembuh, Tapi Apa Yang Kita Boleh Bantu Adalah…” - Shila Amzah

Asyikin Mayudin
13/07/2024 01:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah memberitahu individu yang didiagnos menghidap autisme tidak akan sembuh dan menjadi normal seperti orang lain.

Bantu Mengajar

Berkongsi pengalaman anaknya sendiri, Shila berkata sebagai ibu bapa boleh membantu mengajar dari segi pengurusan diri dan meningkatkan kemahiran sosial.

“Autism ni takkan sembuh (menjadi normal). Tapi Apa yang kita boleh bantu adalah mengajar dia pengurusan diri, untuk improve social skill dia.

“Kebolehan bertutur (kalau dia verbal, sebab ada yang non verbal). Ajar dia untuk kawal emosi. Tengok juga ada yang mild autism low functioning. Ada yang high functioning.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”

“Spectrum dia tak sama. So kalau kata mild pun, dalam mild ada banyak perbezaan,” kongsi Shila menerusi Instastory miliknya menjawab persoalan daripada netizen mengenai autisme.

Seth Boleh Faham Arahan

Selain itu, Shila turut membalas soalan netizen yang memintanya untuk berkongsi tips memandangkan anaknya, Seth Uwais seorang yang bijak dan memahami semua arahan biarpun menghidap autisme.

“Dari kecik memang Seth sebenarnya boleh faham arahan, terutama bila dia baru berjalan semua tu, memang dia faham kalau kita said tidak ke apa. Tapi yang pasti, dia tak suka orang cakap suara tegas / kuat.

“Sebab dulu kalau bila ada orang jerit saja dia trauma, Sha memang faham sangat. So bila cakap baik-baik explain(berulang kali tak boleh jemu), dia punya satu pemahaman jadi lebih baik.

“Sekarang pun dia ambil masa juga nak proses, contohnya minta tolong dia ambil barang, kena specific warna apa, bentuk dia. Tapi kalau dia dah kenal barang tu then okay senang dah,” katanya.

Terdahulu, Shila mendedahkan doktor mengesahkan anak sulungnya iaitu Seth Uwais telah didiagnos autisme tahap satu selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan

Bersyukur akhirnya mengetahui keadaan sebenar kesihatan Seth, Shila memberitahu dia sudah menyedari beberapa tanda-tanda awal yang nampak pada anak sulungnya itu.

Menerima pertanyaan daripada netizen di Instastory, Shila berkongsi tanda-tanda itu ketika Seth berusia setahun lima bulan.

Dalam pada itu, Shila juga bersyukur apabila suaminya iaitu pempengaruh Ubai MZ banyak membantu dan mengajar Seth tentang perkara baru.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersalah Diagnos Sebagai Autisme, Lelaki Alami Gangguan Kesihatan Mental Tikam Ibu 30 Kali

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Hilang Di KLIA2 Rupa-Rupanya Ada Dalam Pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid Gementar Jadi Lelaki ‘Autisme’, Hariz Hamdan Pula Tak Sangka Lakonan Jahat Menjadi Dalam Drama ‘Bunga Salju’

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Nama Zayn Rayyan Untuk Jual Produk, Netizen Kritik Penjual Guna Marketing Murahan - "Tak Sensitif Langsung!"

#Anak Autisme #Shila Amzah #Autisme #Autism #Anak Shila Amzah #Mild autisme