Hiburan

Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

gempak
Amri Hassan
01/06/2024
04:52 MYT
Sponsor Banner
Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"
"Saya bukan individu yang tepat," demikian kata pelakon Aeril Zafrel ketika diminta mengulas mengenai ibu bapa memiliki anak autisme.
Bagaimanapun, Aeril, 35, menyeru orang ramai yang memiliki anak-anak autisme untuk segera mendapatkan rawatan sewajarnya.
"Ada ibu bapa yang dia tidak terima anak dia autisme, bila ibu bapa tak terima dia tidak cepat-cepat untuk hantar anak mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.
"Mungkin sebab dia malu. Bagi saya kalau dah nampak simptom (autisme) segeralah dapatkan rawatan supaya dapat dikawal.
"Kita tak berada di tempat mereka, jadi tak boleh sewenangnya kita cakap 'bersabar'," katanya kepada Gempak.
Tambah Aeril, situasi memiliki anak autisme seharusnya dilihat dalam sudut positif dan menganggapnya sebagai 'ladang pahala'.
"Apa yang saya boleh katakan sekiranya kita ditakdirnya dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita.
"Untuk saya bercakap mengenai perkara ini (autisme), saya bukan individu yang tepat. Sebaiknya ahli keluarga yang terdekat yang layak untuk mengulas," ujarnya.
Aeril ditemui pada majlis pelancaran novel Buas yang diadaptasi sebagai filem terbaharu lakonannya bersama isteri, Wawa Zainal dan anak perempuan mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Buas turut dibintangi Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Tarmimi Siregar dan bakal ditayangkan pada 20 Jun 2024.
Filem terbitan Respected Netizen Sdn. Bhd. merupakan naskhah kedua selepas Sabda Kekasih.

BERITA TRENDING: #MamiPiqahCorner: Ibu Kongsi 3 Langkah 'Potty Training' Anak Kecil Terutama Autism

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live