Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengakui sudah lali dengan apa saja komen netizen yang dianggap sebagai perkara yang datang dan pergi.

"Saya dapat banyak komen yang DM (direct message) pada saya terlalu tersentuh dengan komen-komen negatif yang dilemparkan pada saya, isteri dan anak saya.

"Apabila saya baca komen tu, nampaknya orang di luar memang tak boleh terima walaupun ia benda kecil bagi saya. Mereka bertanya pada saya sama ada betul ke cerita begitu begini," katanya.

Tambahnya, dia bersama isterinya, Scha Alyahya tidak terlalu memikirkan komen berkenaan tetapi berhadapan sikap seglintir netizen menganggap ia adalah perkara besar.

"Bayangkan jika perkara ini terjadi pada salah seorang daripada mereka bukan selebriti jika orang lain berkata anak mereka macam ini, suami mereka macam ini, perkara ini akan beri impak lebih teruk daripada apa yang selebriti lalui," katanya.

Awal bersama Scha antara selebriti yang terbabit dalam menjayakan kempen 'Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu' yang dilancarkan semalam.

Awal percaya jika perbuatan netizen ini dapat diperbetulkan, ia akan memberi kesan pada golongan selebriti.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @ awalashaari