Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

Asyikin Mayudin
15/07/2024 03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Datuk Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.

Roy Gelakkan Awie

Menerusi perkongsian video, Roy berkata dia tidak pernah melihat orang makan buah durian seperti Awie yang menggunakan sudu.

“Entah Melayu mana… makan durian (pakai sudu). Pertama kali tengok macam ini,” kata Roy sambil ketawa.

Rata-rata netizen terhibur apabila Roy sempat ‘membahan’ vokalis kumpulan rock Wings tersebut selain terdapat juga antara mereka yang memilih untuk menggunakan sudu kerana tidak mahu bau melekat.

“Saya pun makan durian dengan sudu, garfu kerana tak nak jari bau durian.

“Tapi betul la… tangan kalau dah lekat dengan durian, esok baru hilang. Dia kena dua kali mandi, satu malam, satu pagi.

“Member sejati kalau membahan macam ini… tapi tak simpan dalam hati punya,” komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

undefined
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 2 juta tontonan, lebih 100,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Terbakar, Roy Azman Kongsi Detik Cemas - “Api Merebak Besar, Menggelupur Keluar Ambil Anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Jalal, Tok Ram, Jatt & Roy Azman Kejung Kena Angin Sejuk | Projek Bapak Bapak S3

#Awie #Durian #Roy Azman #Makan Durian #Awie durian #Awie makan durian