Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Hujung Waktu..." - Remy Ishak

Asyraf Roslan
11/10/2024 11:55 MYT
Pelakon, Datuk Remy Ishak memanjatkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Tuah Alam sudah menginjak usia setahun tiga bulan.

Dalam satu hantaran di TikTok, pelakon filem The Experts itu berjanji akan menjaga anaknya itu sebaik mungkin sehingga ke hujung nyawanya.

“Tuah sudah setahun tiga bulan, ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.

“Ayah janji,” kata Remy ringkas.

Menerusi video yang dikongsi Remy atay nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42, memaparkan dia sedang meluangkan masa bersama cahaya matanya dan isteri tersayang, Ezza Yusof di pantai.

ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Tuah Alam Dibanjiri Tawaran, Remy Ishak Tidak Tolak Kerana Rezeki Pernah Ditutup Allah

ARTIKEL BERKAITAN: So Sweet! Remy Ishak Beri Kejutan Istimewa Buat Isteri Di Majlis Tahnik Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mahu Ada Unsur Melayu” - Remy Ishak Pilih Nama Klasik Untuk Anak


Pada masa sama, menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen peminat-peminat turut mendoakan agar Tuah menjadi seorang anak yang baik dan soleh.

“Semoga Tuah membesar dgn sihat & menjadi anak yg soleh,”


“Alhamdulilah..moga ayah kota kan janji2 ayah pada tuah ye..moga bahagia sampai ke Jannah.


“Semoga membesar dengan sihat sayang??,"

“Laju da dpt jalan, semoga membesar dengan sihat Tuah,” kata netizen.

Netizen juga sempat mendoakan agar hubungan Remy dan isteri sentiasa dipelihara oleh Yang Maha Esa.

“Semoga Tuah mnjadi pengerat kuat kash syg ibu dan ayah. Mnjadi halangan segala ujian yg mndtg dlm keluarga Tuah. Allah akan sentiasa lindungi Tuah sekluarga,” komen netizen.

Untuk Info, Remy telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menyulam cinta.

Selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga, Remy dan Ezza telah dikurniakan seorang cahaya mata, Tuah Alam pada 27 Julai 2023.

undefined
#Remy Ishak #Janji #Tuah Alam #Janji Remy
;