Pelakon remaja Puteri Balqis mengakui dirinya menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa kehadiran bapa kandungnya.
Menurut Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15, ayahnya Azizi Aziz sudah lama menghilang dan ibu menjadi satu-satunya tempat dia bergantung harap.
“Ayah lama menghilang, kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun.
“Kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.
“Mungkin waktu ada dia tu, saya berdepan tekanan kuat. Sebab tu apa-apa sekarang, saya dengan ibu je,” katanya ketika ditemubual.
Balqis ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem seram terbaharu lakonannya, Rumah yang diadakan di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya pada Isnin.
Filem tersebut turut dibintangi pelakon hebat Erra Fazira dan Mak Jah.
Jelas Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 itu lagi, dia mengakui sangat terluka dengan kelakuan bapanya dan menganggap mereka sudah tidak ada ‘chemistry’.
“Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.
“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete,, tak rasa missing.
“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja dalam hidup saya. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” jelasnya.
Menjawab persoalan tentang kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah, Balqis ternyata sudah berdamai dengan realiti itu.
“Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Kehadiran ayah ada tapi dia punya effort itu tiada.
“Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat.”
Melihat dirinya yang cukup matang bagi seorang gadis yang berusia 15 tahun, Balqis menegaskan dia cukup bahagia dikelilingi dua insan sahaja di dalam hidupnya.
“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Nampak macam viral tapi kami happy-go-lucky lepak di kedai mamak minum teh ‘o’ ais,” katanya.
Sekadar info, ibu dan bapa Balqis berpisah ketika dirinya masih kecil.
Namun, status penceraian pasangan itu juga tidak dapat dipastikan kerana sehingga ke hari ini ia tidak pernah diceritakan kepada umum.
Azwa Rahman
Tue Feb 15 2022

.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.