Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri bakal menemui penonton dengan episod ketiga yang berkisahkan serigala jadian.

Diarahkan oleh pengarah terkenal Mamat Khalid, episod ketiga yang diberi judul Warewolf Dari Indonesia ini menampilkan aktor Azlan Komeng sebagai pelakon jemputan.

Episod Warewolf Dari Indonesia mengisahkan keadaan Kampong Pisang yang semakin meriah dengan kehadiran warga Indonesia yang bekerja di sekitar kawasan kampung.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Tetapi musibah telah melanda apabila ayam Barkoba hilang dan mereka terjumpa tapak kaki werewolf di warung Pak Jabit.

Seorang ranjer bernama Rashid (Azlan Komeng) memberi tahu bahawa terdapat serigala jadian di kampung pisang. Orjo (Ayie Husyairi) merupakan ketua werewolf yang menghasut kawan- kawannnya menyerang seluruh penduduk kampung pisang.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).