,
Hiburan

Ayu Ting Ting Sahkan Putus Tunang Dengan Tentera: “Allah Menjaga Saya…”

Maliah Surip
02/07/2024
01:25 MYT
Ayu Ting Ting akhirnya memberi kenyataan tentang spekulasi hubungan pertunangan dengan Lettu Muhammad Fardhana yang sudah berakhir.

BERITA TRENDING: Tunang Padam Foto Bersama, Ayu Ting Ting Gagal Tamat 10 Tahun Zaman Janda?

Kepada media tempatan, Ayu Ting Ting mengaku putus tunang dengan Fardhana hanya selepas enam bulan bertunang.
Penyanyi tersebut mengatakan keputusan untuk mengakhiri hubungan asmara tersebut juga sudah dibincangan dengan keluarga Muhammad Fardhana.
“Mungkin banyak masyarakat yang sudah bertanya-tanya, jadi di sini saya bersedia untuk menyampaikan.

“Saya ingin memberitahukan bahwa pertunangan saya dengan Mas Dhana sudah putus (tunang) sejak tanggal 22 Jun. Itu di antara kami.

Dan pada tanggal 27 Jun, ada pertemuan antara saya dengan keluarga Dhana. Alhamdulillah secara resmi," ucap Ayu Ting Ting seperti dilaporkan InsertLive.com.
Ayu Ting Ting bagaimanapun enggan mendedahkan punca mereka putus tunang.

BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Bertunang Lepas 10 Tahun Menjanda: “Terasa Macam Mimpi”

Dia juga menafikan dakwaan tidak jadi berkahwin dengan tentera tersebut kerana masalah ekonomi.
“Memang ada hal yang tidak boleh kami sepakati dan saya tidak akan menceritakannya kepada umum.
“Banyak juga yang cakap kerana masalah ekonomi dan lain-lain, saya tegaskan sekali lagi, kalau dari masalah ekonomi saya tidak mungkin sampai sejauh ini. Dari awal pun sudah terima.
“Mungkin ini yang terbaik buat saya dan Bilqis. Saya rasa kerana Allah menjaga saya dan Bilqis juga. Jadi ini yang terbaik,” katanya.
Ayu Ting Ting dan Dhana bertunang hanya selepas sebulan berkenalan. Dia yang sudah 10 tahun menjanda juga merancang berkahwin dengan Dhana dalam masa terdekat.

BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Jadi Mangsa Soalan Cepu Emas Raya, ‘Bila Nak Kahwin?’

BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Ikut Penduduk Kejut Orang Kampung Bangun Sahur

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Baim Wong Dakwa Dicurangi Isteri, Paula Verhoeven Balas Ceramah: “Tenang Saja…”

gempak
09/10/2024
03:30 MYT
Episod kemelut rumah tangga Baim Wong masuk ke babak baharu selepas dia memfailkan permohonan cerai terhadap isteri, Paula Verhoeven.
Hiburan

Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

gempak
08/10/2024
11:55 MYT
Aktor dan hos terkenal Indonesia, Baim Wong mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven, seperti maklumat yang tular di media sosial sebelum ini.
Hiburan

Hanya Bertahan 6 Tahun, Baim Wong Failkan Cerai Terhadap Paula Verhoeven

gempak
08/10/2024
06:25 MYT
Teka teki hubungan rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa bermasalah terjawab apabila hos dan aktor tersebut memfailkan perceraian.
BorakSeeni