Hiburan
Tunang Padam Foto Bersama, Ayu Ting Ting Gagal Tamat 10 Tahun Zaman Janda?
Dunia hiburan Indonesia terutama dalam kalangan peminat Ayu Ting Ting terus berteka-teki selepas penyanyi tersebut masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai gosip hubungan bersama tunang, Muhammad Fardhana yang didakwa sudah berakhir.
BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Bertunang Lepas 10 Tahun Menjanda: “Terasa Macam Mimpi”
BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Jadi Mangsa Soalan Cepu Emas Raya, ‘Bila Nak Kahwin?’
BERITA TRENDING: Ayu Ting Ting Ikut Penduduk Kejut Orang Kampung Bangun Sahur
Khabar tidak enak itu mula menjadi bualan hangat selepas Fardhana yang merupakan seorang tentera dilihat memadam foto dirinya bersama Ayu Ting Ting.Ayu Ting Ting bagaimanapun masih memiliki foto bersama tunangannya itu di akaun Instagram.
Sejak itu pelbagai spekulasi mula keluar selepas penyanyi dan tunangannya itu tidak memberi kenyataan mengenai keputusan memadam foto kebersamaan mereka.
Ada gosip liar mengatakan hubungan pertunangan mereka mula bermasalah sejak April lalu sebelum putus tunang sekitar awal Jun ini.
Malah ayah Ayu Ting Ting, Ayah Ojak hanya tersenyum sebelum meninggalkan sekumpulan wartawan tempatan yang mahu mendapatkan kepastian tentang hubungan anaknya bersama Fardhana.
Padahal pasangan tersebut diketahui merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat selepas mengikat tali pertunangan selepas satu bulan berkenalan.
Jika benar khabar mengenai hubungan pertunangan mereka telah berakhir, ini bermakna Ayu Ting Ting gagal menamatkan zaman jandanya yang sudah mencecah usia 10 tahun.
BERITA TRENDING: Kena 'Berkurung', Que Haidar Ajak Anak-Anak Main Tingting Dalam Rumah Je! Kreatifnya!
Must-Watch Video