Laman Utama

Ayu Ting Ting Jadi Mangsa Soalan Cepu Emas Raya, ‘Bila Nak Kahwin?’

gempak
Maliah Surip
23/04/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
Ayu Ting Ting Jadi Mangsa Soalan Cepu Emas Raya, ‘Bila Nak Kahwin?’
Musim perayaan menjadi medan pertemuan dan menjalin silaturahim dengan sanak saudara atau jiran tetangga.
Namun, pada musim perayaan juga antara soalan cepu emas yang kerap ditanya setelah lama tidak bertemu adalah soalan seperti ‘bila nak kahwin’.
Meski ada segelintir yang berasa soalan seumpama itu sebagai sesi ice breaking, namun ada juga yang melihat ia sebagai pertanyaan yang tidak perlu disuarakan.
Soalan ‘bila nak kahwin’ juga nampaknya sering dihadapi oleh penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting.
Ayu Ting Ting sudah lapan tahun menjadi janda dan mempunyai anak satu.
Penyanyi itu mengaku, dirinya tidak terlepas ditanya dengan soalan cepu emas tersebut setiap kali Lebaran.
“Setiap kali Lebaran, pasti ada yang tanya. Mana jodohnya (kahwin), mana pasangannya, kenapa tidak dibawa.
“Saya tidak bosan sebab sudah terlalu sering ditanya jadi saya yakin saja Allah SWT akan memberikan jodoh yang terbaik buat saya,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Sejak hidup sebagai ibu tunggal, Ayu Ting Ting sudah banyak kali dikaitkan dengan beberapa lelaki.
Selain pernah dituduh mempunyai hubungan sulit dengan suami Nagita iaitu Raffi Ahmad, Ayu Ting Ting diketahui kini menjalin hubungan akrab dengan YouTuber terkenal, Boy William.
Dia juga sudah pernah bertemu dengan keluarga besar Boy William, baru-baru ini.
Malah dia mengaku saat ini, lelaki tersebut merupakan teman paling dekat buatnya.
“Kami sering telefon. Ada komunikasi, selalu. Namanya pun teman dekat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live