Personaliti media sosial Azfar Heri dah ahli keluarganya disahkan positif COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Azfar atau nama sebenarnya Mohammad Azfar Herisyam, 24, memaklumkan setakat ini hanya ibunya sahaja yang menunjukkan keputusan negatif.

Menurut Azfar, dia mengalami beberapa gejala seperti sakit tekak, demam panas dan pening kepala sehari selepas adiknya mengalami simptom-simptom yang sama.

“Benda yang paling ditakutkan akhirnya terjadi. Me and my family positif.

“Hari Jumaat Ameera demam dan kitaorang ingat tu effect booster. Sekali tiba-tiba Aidil pun start demam dan pening so diorang berdua buat la self test dan positif.

“Keesokan harinya bila i bangun je tekak dah tak sedap dan terus demam panas, pening gila mata pun kelabu je macam nampak tak nampak. Afif pun demam menggigil, kesian dia sebab tak boleh nak bagitau dia rasa macam mana.

“Afif pun positif cuma mama je still negatif. Harini kitorang semua dah rasa better, simptom semua dah okay kecuali batuk sikit-sikit je. Cuma mama pulak dah start demam dan pening, harap mama okay,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)


Dalam pada itu, Azfar turut menyeru kepada semua untuk mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak bagi membantu mengoptimumkan tahap imuniti dalam badan.

“Take care semua. Banyakkan minum air, amik vaksin, amik booster! Ni penting sebab Omicron bangang ni lagi kuat, tau-tau dapat. Doa kan kitaorang sihat,” jelasnya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan cepat sembuh dan kata-kata semangat buat Azfar sekeluarga.

“Get well soon Azfar dan family,” tulis Khai Bahar.

“Get well soon. My prayers are with you and the family,” kata Syed Saddiq.

“Semoga Allah beri kesembuhan dengan segera, amin,” ujar Ernie Zakri.

“Wishing you and family speedy recovery Azfar,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 146,000 tanda suka daripada warga Instagram.