Hiburan

Aktres Tidak Bersalaman Dengan Orang, Jaga Kebersihan

gempak
Maliah Surip
09/02/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Aktres Tidak Bersalaman Dengan Orang, Jaga Kebersihan
Aktres cantik Indonesia, Ariel Tatum dengan terbuka memberitahu dirinya tidak suka bersalaman atau bersentuhan saat bertemu orang lain.
Menurut bintang filem A Business Proposal ini, tindakan mengelak untuk bersalam atau bersentuhan dengan orang lain dilakukan kerana sangat mementingkan kebersihan.
“Saya tidak akan bersalaman atau bersentuhan dengan orang. Saya akan selalu menghindarkan diri agar tidak melakukannya,” ujar Ariel seperti dilaporkan Viva.
Ariel membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu di podcast Tema Indonesia.
Bagaimanapun kata Ariel jika terpaksa bersalaman, dia akan memastikan membasuh tangan selepas itu.
“Jadi kalau memang terpaksa bersalaman saya akan basuh tangan selepas itu. Sama seperti saat saya bekerja akan ada selalu sentuhan, saya akan basuh tangan juga,” ujarnya.
Tindakan yang dibuat itu kata Ariel bukan kerana dirinya sombong atau berasa orang lain kotor tetapi sebagai langkah dirinya menjaga kebersihan sendiri.
“Bukan bermaksud tangan orang yang saya akan bersalaman kotor tapi saya sendiri mungkin tangan penuh dengan bakteria yang tidak dapat dilihat,” jelasnya lagi.
Pengakuan tersebut menuai pro dan kontra dalam kalangan netizen. Ada yang mengatakan tindakan Ariel betul sementara ada juga yang berasa aktres tersebut berfikiran terlalu jauh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024