Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!

Umirah Halim
19/04/2024 08:00 MYT
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.

Mula tular di Korea

Menurut bintang berusia 32 tahun itu, lagu tersebut pada awalnya tular di Korea apabila kumpulan wanita yang sedang meningkat naik di Korea Selatan, Tribe, membuat cabaran tarian lagu tersebut.

Sejurus itu, lagu tersebut berterusan mendapat perhatian daripada negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Jepun.

“Sebenarnya saya taktahu macam mana lagu Alamak Raya ini boleh ke luar negara.

“Tapi, seingat saya pada awalnya lagu ini tular ia bermula di Korea, sebab kumpulan Tribe buat cabaran tarian lagu itu.

“Selepas itu, perlahan-lahan lagu itu viral ke Indonesia, Thailand dan Jepun,” ujarnya.

Lagu diterima baik

Sementara itu, Azira turut meluahkan rasa syukurnya kerana lagu tersebut diterima baik orang ramai.

“Saya turut tidak menyangka sebab saya rasa macam mereka faham ke lirik lagu ini.

“Tapi saya bersyukur lah sebab kami dapat sambutan sebesar ini," tambahnya lagi.

Azira berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem Sheriff di Kuala Lumpur pada Selasa.

Setakat ini, lagu Alamak Raya Lagi sudah meraih lebih 15 juta tontonan di YouTube.

Berita Trending: Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

Berita Trending: Alamak Raya Lagi! Mendunia, Jadi Muzik Latar Kumpulan Tarian Terkenal Jepun

#Viral #Jepun #FAM #Raya #Tular #Azira #Alamak #De
;