Lagu Alamak Raya Lagi! sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila Single yang dinyanyikan oleh De Fam itu digunakan dalam satu video kumpulan tarian Jepun, Avantgardey.

Alamak Raya Lagi! Mendunia

Menerusi entri yang dikongsi di Instagram oleh salah seorang ahli Avantgardey yang dikenali sebagai Nona, kumpulan itu dapat dilihat menggunakan lagu tersebut sebagai muzik latar belakang kepada tarian yang dipersembahkan.

Netizen Luah Rasa Bangga

Klip tarian itu meraih perhatian ramai netizen Malaysia yang meluahkan rasa terkejut serta bangga dengan penularan lagu Raya berkenaan.

Antara komen yang diterima:

“Alamak sampai Jepun wei!”

“Macam tak sangka lagu Raya Malaysia sampai dekat sini,”

“Mendunia lagu ni!”

“Wow seriuslah! Lagu raya.”

Sementara itu, posting berikut turut mendapat perhatian ahli kumpulan De Fam yang mengucapkan penghargaan terhadap kumpulan tarian tersebut.



Sekadar info, lagu Alamak Raya Lagi! sebelum ini pernah digunakan dalam video TikTok kumpulan K-pop, TRI.BE.

Setakat artikel ini ditulis, video muzik Alamak Raya Lagi! meraih sebanyak 15 juta tontonan di YouTube.

Sumber: Instagram