Hiburan

Azira Shafinaz Simpan Hasrat Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat

gempak
Zulaikha Yusof
02/08/2020
02:21 MYT
Sponsor Banner
Azira Shafinaz Simpan Hasrat Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat
Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz akui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Yaseer Khan dalam masa terdekat.
Kata Azira, biar pun sudah lapan tahun bercinta mereka masih belum menetapkan tarikh untuk hari bahagia.
"Saya memang berharap sebab saya dengan dia pun dah bercinta lapan tahun. Saya dah luah dekat dia (Yaseer), tipu la kan kalau tak ada.
"Kami tidak ada perbincangan lagi tapi ada la perjumpaan antara kedua-dua belah keluarga.
"Ada la ahli keluarga tanya sebab kami dah lama bersama. Itu memang soalan normal.
"Saya pun tak tahu nak beri kepastian macam mana sebab saya pun selalu cakap tahun hadapan.
"Saya belum ada tarikh yang tepat. Mungkin la, yang dengar tahun hadapan," katanya kepada Gempak.
Azira ditemui ketika majlis pelancaran stesen TV baru, Awesome TV yang diadakan di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah ahli kumpulan DeFam ini dia tidak pernah mempersoalkan isu perkahwinan dengan teman lelaki.
"Bagi saya, tidak pernah nak pertikaikan dia tak nak kahwin dengan saya ke. Saya hanya follow the flow saja.
"Dia (Yaseer) faham banyak lagi yang saya nak capai. Dan saya pun hormat dengan perniagaan dia.
"Saya percaya pada jodoh. Kalau betul sampai la masanya. Kalau saya ada jawapan memang saya jawab," katanya lagi.
Pada Januari tahun lalu, Azira dan Yasser membuat keputusan untuk berpisah namun kembali berbaik selepas enam bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live