Azlee Senario Dilaporkan Sudah Stabil
Gempak
06/06/2024 09:33 MYT
06/06/2024 09:33 MYT
Pelawak dan pelakon Azlee Senario dilaporkan sudah stabil setelah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
Azlee bersyukur
Azlee meluahkan rasa syukur apabila pembedahan selama dua jam berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.
Azlee memaklumkan dia bernasib baik kerana masalah dihadapi belum pada tahap kronik sehingga terpaksa membuat pembedahan pintasan jantung atau bypass.
"Saya sedar sekitar pukul 3 pagi, nafas saya semakin baik tetapi tidak sepenuhnya elok kerana masih dalam proses penyembuhan.
"Tapi doktor ada beritahu semalam saya bernasib baik kerana masalah saya tidak kronik sampai perlu menjalani pembedahan pintasan jantung," katanya kepada MStar.
Dalam pada itu, menurut isterinya iaitu Aslinda Ayob memberitahu, pada awalnya dia membawa Azlee ke klinik berhampiran rumah mereka susulan pelawak itu mengadu sakit dada.
Bagaimanapun doktor meminta dia membawa Azlee terus ke hospital selepas mendapati keadaannya kritikal sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Berita Trending: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
Berita Trending: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
"Selepas pergi ke klinik kami sempat balik ke rumah tapi dia memang sudah tidak dapat menahan sakit.
"Saya telefon ambulans dan terus di bawa ke zon merah Hospital Sungai Buloh tapi tak sampai 10 minit doktor minta pengesahan untuk bawa dia ke IJN kerana keadaannya membimbangkan," katanya ketika ditemui mStar di IJN pada Khamis.
Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan…
Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan…
Dalam pada itu, Aslinda berkata, dia terkejut apabila doktor di IJN memaklumkan satu saluran darah pada jantung Azlee sudah tersumbat sebanyak 99 peratus.
Susulan itu, doktor perlu melakukan prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil) dan dia perlu mendapatkan penjaan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) agar pemantauan lanjut boleh dibuat.
"Alhamdulillah keadaannya stabil namun perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang," katanya.
Berita Trending: “Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib
Berita Trending: “Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Aslinda memberitahu Azle mula menunjukkan tanda-tanda seperti berpeluh dan sesak nafas selepas pulang menghadiri mesyuarat pada petang Rabu.
Sebelum ini juga Aslinda memaklumkan Azlee pernah menunjukkan gejala seperti tangan menjadi kebas namun tidak pernah menyangka ia simptom sakit jantung.
Berita Trending: RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
Berita Trending: RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
Bagaimanapun, Azlee tidak mempunyai sejarah penyakit tersebut melainkan tekanan darah tinggi dan gout.
"Dia (Azlee) balik meeting pukul 5.30 petang semalam. Dia rasa berpeluh, panas dan dadanya sakit rasa ketat.
"Setahu saya dia tidak ada sakit jantung tetapi dia memang ada darah tinggi. Sudah 10 tahun ambil ubat selain ada masalah gout.
"Dia tidak pernah kena serangan jantung tapi mungkin ada simptom yang kami tak perasan. Kadang-kadang tangannya kebas tapi saya ingat itu simptom kencing manis," jelasnya.
Sebelum ini, pelawak dan anggota kumpulan Senario iaitu Azlee dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Rabu berpunca daripda jantung tersumbat.
Sumber: Mstar
Berita Trending: #PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."
Berita Trending: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”