Hiburan

“Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib

gempak
Asyikin Mayudin
05/06/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib
Isteri kepada Allahyarham Pyanhabib, 66, iaitu Zurina Zakaria, 58, melahirkan rasa syukur apabila dapat berada di samping suaminya sebelum meninggal dunia pada 9.30 malam tadi.
Zurina berkata, dia sempat mengajar untuk mengucap dua kalimah syahadah dan hanya mampu merelakan pemergiannya pada saat terakhir bersama suaminya.

Detik terakhir

“Saya sempat ajar mengucap dan minta maaf dekat suami. Saya cakap kat dia masa itu kalau nak pergi, pergilah nanti saya akan menyusul. Selepas saya cakap, air mata dia kering dan perlahan-lahan matanya tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon & Penyair Pyanhabib Rahman Meninggal Dunia

“Saya gembira dan bersyukur sebab dapat bersama dia saat akhir, ini yang saya takkan lupakan. Selepas dia meninggal ramai sangat orang datang.
“Rupanya-rupanya dekat luar memang ramai orang sayang dia,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di Masjid As-Sobirin Lembah Keramat untuk proses pengurusan jenazah Allahyarham Pyanhabib.
Berkongsi keadaan Pyanhabin sebelum menghembus nafas terakhir, Zurina berkata, suaminya tiada sakit, cuma mengalami bengkak pada kaki, selain mata sudah tidak nampak dan jatuh bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."

“Tiga hari sebelum dia meninggal, mata dia jadi tak nampak dan jatuh bilik air, semalam. Selepas itu dia kata nak buang air, jadi saya nak tolong, tapi dia minta saya keluar sebab nak uruskan sendiri.
“Tapi, bila saya tunggu lama, dia tak keluar. Rupa-rupanya dia dah tertidur dalam bilik dan saya kejut dia. Saya tanya dia kenapa tidur dalam bilik air, dia hanya cakap nak uruskan sendiri.
“Kemudian, anak angkat juga bawa dia keluar. Ketika itu nak masuk waktu isyak. Semasa saya rangkul, dia memang sudah nampak lemah dan nafasnya ada bunyi,” katanya.

CPR

Dalam pada itu, Zurina berkongsi arwah suaminya sempat bersandar di bahunya sebelum menutup mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib

“Waktu itu kepala suami atas bahu dan saya ingat dia sudah meninggal. Kemudian, saya hubungi ambulans dan sementara tunggu sampai, mereka minta saya buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
“Semasa buat CPR itu ada air hitam keluar daripada mulutnya. Saya terus bersihkan sebab takut dia tersedak selepas buat CPR,” katanya.
Semalam, Pyanhabib atau nama sebenarnya, Mohd Supyan Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, kira-kira seminggu selepas menyambut hari lahir ke-66.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live