Hiburan

“Baba Muhammad Sorrey,”- Anak Minta Maaf Patahkan Cekak, Farid Kamil Tak Jadi Nak Marah Sebab Lucu

gempak
Mya Amri
03/05/2019
08:18 MYT
Sponsor Banner
“Baba Muhammad Sorrey,”- Anak Minta Maaf Patahkan Cekak, Farid Kamil Tak Jadi Nak Marah Sebab Lucu
Pelakon, Datuk Farid Kamil terhibur dengan gelagat anak sulungnya, Muhammad yang meminta maaf kerana terpatahkan cekak rambutnya.
Kejadian lucu itu dikongsi menerusi video pendek di akaun Instagram isterinya, Datik Diana Danielle semalam.
“Siapa pernah kena denda camni dulu? Mustahil tak penah!!! Ha... Muhammad dah cakap sorrey tu takkan taknak maafkan.... @faridkamilz.
“Angkara terpatahkan cekak babah. Sebelum keluar tadi Muhammad lari kat D mengadu dia patahkan cekak babah.
“Dia nampak cuak…. Dia sendiri panas kaki ke hulu ke hilir takut so sebab kesian I cakap lah “tak apa cakap ibu patahkan…”
“Tapi lepas nampak babah keluar bilik mandi, moment dia nampak cekak patah dan mood bertukar jadi singa, dia tanya “siapa patahkan cekak?!” (bilik sedikit bergaung) ibu pun cuak sekali tak terkeluar alasan backup anak.
“Balik-balik nampak surat sorrey kat lantai pintu, pandai babah train suruh tulis hahahaha @chemad7,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyatakan rasa lucu apabila melihat ejaan ‘sorrey’ (sorry) ditulis Muhammad sebagai tanda permohonan maaf kepada bapanya selain memuji tindakan anak lelaki pasangan itu yang mengakui kesalahannya.
“Muhammad so cuteeee. By the way, bagusnyaaa dia mengaku salah dia,” puji @wanthirah
“You kena simpan ni. Tunjuk nanti kat dia bila dia dah besar hehehehe. Bagusnya Muhammad. Meminta maaf bila buat salah walaupun tak sengaja,” tulis @aliasabrina.r
Terdahulu, Farid Kamil merupakan antara selebriti yang gemar menyertai aktiviti sukan lasak untuk mengisi masa lapang.
Farid dan Diana Danielle berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Foto: Instagram @dianadanielleb
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live