Hiburan
“Baby Boy Ini Sepatutnya Kembar Aafiyah 3 Tahun Dulu” - Siti Dedah Proses IVF Anak Kedua, Ramai Terkejut!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bayi yang dikandungnya kini merupakan kembar Aafiyah yang menjalani proses IVF sama tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, Siti mengikut saranan doktor untuk tidak melakukan proses tersebut serentak pada masa hendak mengandungkan Aafiyah pada 2017.
"Disebabkan ini proses IVF, apabila buat peringkat-peringkat embrio itu, baby boy ini sebenarnya kembar Aafiyah.
"Terjadi pada hari sama waktu sama. Ketika itu, doktor tak galakkan baby masuk dua embrio, jadi masuk satu dahulu iaitu Aafiyah.
"Tiga tahun selepas itu baru masuk baby boy," kongsi Siti menerusi sepotong video ketika sesi temuramah bersama Nabil Ahmad.
Perkongsian Siti itu tular di laman media sosial Twitter dan mendapat pelbagai reaksi mengejutkan daripada peminat setianya.Rupa-rupanya "baby boy" Tokti untuk kandungan kali ni sebenarnya sepatutnya jadi kembar Aafiyah dulu. Tapi ditangguhkan dulu proses, dah 3 tahun baru proceed atas nasihat Dr. Allahu. pic.twitter.com/nx5scQ87HF— Alan Al Padat (@IniAlannn) December 23, 2020
Pada 2017, Situ mengumumkan dia hami selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.
Itu adalah khabar terindah dalam hidupnya selepas mengalami keguguran pada November 2015.
Siti mengaku menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Datuk K.
Rawatan IVF itu adalah percubaan ketiga dilakukan Siti sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dengan suami.
Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.
Pada 1 Disember lalu, Siti mengesahkan dia kini berbadan dua dan bakal bersalin pada April 2021.
By the way gais, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
GEMPAK MOST WANTED: UNDI DI SINI GAIS!!!
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Must-Watch Video