"Baby Dalam Perut Aktif & Perut Mengeras Masa Menyanyi" - Yana Samsudin

Zulaikha Yusof
Oktober 6, 2020 03:15 MYT
Penyanyi dan pelakon Yana Samsudin akui agak sukar untuk mengelirukan dan menyukarkan penonton untuk tidak meneka dirinya dalam The Masked Singer Malaysia.
Menurut Yana, 36, yang merupakan peserta ketiga tersingkir menyatakan dia sudah lama tidak aktif dalam bidang nyanyian.
"Dah lama rasanya saya tak menyanyi, kalau pergi karaoke pun mesti lagu yang sama.
"Cabaran untuk program ini adalah untuk kelirukan juri. Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak buat.
"Sebab suara kita ada karakter, mesti akan kantoi. Tu yang saya pilih lagu senang untuk diubah, kononnya la.
"Ramai peminat ingat suara filem Mami Jarum Junior yang masa tu umur saya 17 tahun. Memang tak boleh cover. Saya rasa kalau penyanyi sertai memang susah nak buat," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fadzil Zahari turut mendedahkan bukan mudah untuk beraksi di atas pentas dengan keadaan dirinya yang berbadan dua.
"Baby dalam perut aktif saja bila waktu malam. Untuk anak kedua ni berbeza dengan Mateen dulu.
"Kadang-kadang tu tengah menyanyi tetiba perut rasa keras. Tapi saya tetap teruskan, enjoy dengan persembahan," katanya lagi.
Minggu ketiga menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari.
Manakala, ABC pula terpaksa akur tersingkir apabila berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
BACA: The Masked Singer Malaysia: ABC Tersingkir, Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Keseluruhan Minggu Ke-3!
BACA: "Juri Kalah Sebab Tak Dapat Teka" - Penonton Gembira ABC Adalah Yana Samsudin Dalam The Masked Singer Malaysia
BACA: The Masked Singer Malaysia: Yana Samsudin Teruja & Seronok Jadi ABC, Tapi Ada Kisah Lain Disebaliknya
Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.
Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Yana Samsudin #Hamil #Hamil #Masked Singer