HIBURAN
Baca Al-Quran 4 Jam Sehari, Neelofa Kongsi Rutin Harian Sepanjang Ramadan - “Saya Bangun 4.30 Pagi, Ambil Air Sembahyang…”
Bagi memanfaatkan bulan mulia dengan baik, usahawan dan pengacara Neelofa berkongsi rutin hariannya sepanjang Ramadan yang dipenuhi dengan ibadah serta aktiviti keluarga.
Bangun awal
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, rutinya akan bermula seawal 4.30 pagi dengan ibadah sebelum bersahur secara sederhana bersama suami, Haris Ismail.
“Saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma serta air 500ml. Saya makan madu juga.
“Sepuluh minit sebelum azan, saya kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat, dia pula akan ke masjid,” katanya menerusi siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Baca Al-Quran
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, selebriti berusia 36 tahun itu turut mengkhususkan masa selama empat jam sehari untuk membaca al-Quran.
“Setelah itu saya akan membaca al-Quran selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya tidur sekejap.
“Kemudian saya akan ke dapur siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zuhur, saya baca lagi,” jelasnya.
Juadah berbuka
Manakala menjelang petang, bekas pengacara MeleTOP itu akan ke dapur bagi menyediakan juadah berbuka.
“Buat air jus, goreng karipap, potong bahan masakan. Tapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama hantar makanan hari-hari.
“Bilal pun akan suruh saya membaca al-Quran, jadi saya selang-selikan aktiviti dengan anak-anak,” ujarnya.
Perkongsian itu menerima reaksi positif daripada netizen yang kagum dengan disiplin Neelofa dalam mengisi bulan Ramadan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Neelofa Saja Yang Nampak Saya Ini Handsome” - PU Riz
ARTIKEL BERKAITAN: Didiagnos Kanser Payudara, Ibu Neelofa Syukur Dapat Tahu Awal - “Anak-Anak & Suami Menangis…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Sebagai Kakak, Saya Sudah Lakukan Bahagian Saya" - Neelofa Mohon Henti Kecam Ameera Khan
Must-Watch Video