Hiburan
Bacaan Degupan Jantung Rendah, Fadilah Mansor Masuk Hospital
Pelakon Khir Rahman mengesahkan ibu tirinya, aktres Datin Fadilah Mansor telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung.
Menerusi laporan Harian Metro, Khir menyatakan keadaan kesihatan Fadilah semakin stabil dan kini berada di pemantauan rapi doktor.
"Alhamdulillah, keadaannya okey dan tiada apa-apa yang serius.
"Cuma ketika sampai hospital, bacaan degupan jantungnya agak rendah.
"Dia hanya perlu banyak berehat dan berada dalam pemantauan doktor.
"Saya pun nak dia berehat kerana dia banyak berfikir. Banyak benda yang dia nak kena urus.
"Dia terlalu runsing dan dalam masa sama kena jalani edah, ini semua buatkan dia tertekan.
"Dia memang patuh jalani edah dan tidak pergi mana-mana pun termasuk ke undangan majlis rumah terbuka," katanya.
Fadilah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember 2014.
Walau bagaimanapun, penyanyi era 1960-an itu telah menghembuskan nafasnya terakhir pada 13 Jun 2019 akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video