,
Hiburan

Bagaimana 5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Boleh Berjaya Dalam Perniagaan?

Syafiqah Jalal
25/04/2017
15:05 MYT
Bukan senang untuk menjadi senang, kesemuanya perlukan usaha, keberanian menghadapi risiko dan kebijaksanaan merancang strategi.
Lima selebriti wanita ini membuktikan usia bukan kayu pengukur kejayaan mereka menguasai bidang perniagaan.
Ada di antara mereka dilahirkan dalam keluarga yang 'biasa-biasa', tetapi berkat usaha dan doa, mereka berjaya meletakkan nama dalam barisan ahli perniagaan yang wajar dicontohi.
Vivy Yusof dan Neelofa misalnya, usia mereka belum memasuki angka 30 tetapi cukup hebat dalam perniagaan sehingga berada dalam senarai ’30 Under 30’ yang dikeluarkan Forbes baru-baru ini. Lebih membanggakan, hanya dua usahawan terkenal tempatan yang berjaya memasuki senarai itu.
Neelofa
Beauty with brain... Gambaran paling sesuai untuk Neelofa. Selain bidang pengacaraan dan jurucakap produk, hos MeleTOP yang pernah terlibat dalam filem Azura 2016 dan Pilot Cafe serta drama Suri Hati Mr Pilot ini kini lebih memberi fokus kepada bidang perniagaan di bawah label Naelofar Hijab.
Neelofa menggunakan populariti serta 4.6 juta followers di Instagram untuk membantunya memasarkan produk seperti hijab, kanta lekap, minyak wangi, pakaian muslimah dan aksesori di media sosial. Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta dan jenama ini terjual di 38 negara dan berjaya memasuki pasaran Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat.
Vivy Yusof
Ikon fesyen dan perniagaan yang mampu membuat setiap mata yang memandang terpukau dengan gayanya. Vivy, graduan undang-undang yang bermula sebagai blogger, nekad membuka Fashion Valet bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, pada tahun 2010 dengan modal RM100 ribu. Kini setelah hampir 7 tahun, Fashion Valet telah berkembang ke Singapura dan Indonesia dengan lebih 400 jenama berpayung di bawahnya.
Selain Fashion Valet, Vivy cukup terkenal dengan tudung premium dUCk dan aksesori. Strategi pemasaran dan kelainan yang ditampilkannya cukup bijak sehingga koleksi terbaru dUCk dinanti dan koleksi lama dicari.
Siti Nurhaliza Beberapa tahun kebelakangan ini Dato’ Siti Nurhaliza mengurangkan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan yang diceburi. SimplySiti, bermula daripada set kelengkapan solekan kini telah diperluaskan dengan haruman dan set penjagaan kulit. Penyanyi nombor satu negara ini juga memberanikan diri menceburi bidang fesyen sehinggalah terhasilnya Creacion by Siti Nurhaliza.
Rozita Che Wan
Che Ta pernah melalui episod mendung dalam membesarkan dua anak lelakinya Aniq dan Ammar setelah bergelar ibu tunggal. Pelakon yang cukup terkenal dengan drama Kiah Pekasam, dan hos rancangan Primadona antara yang teruk dikecam netizen di laman sosial terutama Instagramnya yang mempunyai lebih 3 juta followers.
Setiap gerak laku Che Ta dikutuk termasuk percutian mewah ke luar negara dan hadiah kereta mewah yang diberikan kepada anaknya.
Namun, Che Ta bijak menggunakan platform yang sama dengan cara lebih positif sebagai medium memasarkan produknya.
Bermula dengan Padusi Couture yang menjual pelbagai jenis hijab dan jubah, Che Ta melangkah garang mengeluarkan set haruman dan penjagaan wanita di bawah nama ByRCW, Padusi Productions yang menerbitkan beberapa rancangan termasuk Resipi Memikat Suami dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas dan kini Zeta Cosmetics, mengambil tempat untuk memasarkan produk solekan.
Mila Jirin
Juara Akademi Fantasia 5 ini baru berusia 30 tahun tetapi telah berjaya menaikkan empayar perniagaannya termasuklah Bizmilla Catering yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Hall, Bizmilla Trading yang memasarkan Baju Kurung Milla, dan Restoran Embun Urai, menyajikan makanan ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong.
Sebelum merasai manisnya kejayaan, Mila pernah merasai kegagalan apabila perniagaannya di bawah Luvmilla Corporation yang mengeluarkan produk kecantikan LUVMILA gulung tikar akibat kekurangan dana operasi dan kelemahan dari sudut pengiklanan dan pemasaran.
Lihat sahaja lima selebriti wanita ini, mereka telah berjaya bergelar usahawan dikenali pada usia yang cukup muda. Strateginya? Menggunakan platform media sosial untuk promosi dan jualan produk.
Anda yang baru berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan sebagai mata pencarian tambahan, bolehlah menyertai kempen #YouCanDuit.
Sebuah kempen untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Lihat sahaja kemeriahan kempen pertama mereka tahun 2017 di Kedah pada 1 dan 2 April lalu.
Apa tunggu lagi, jom klik, klik dan dapat duit hari ini. Maklumat lanjut, layari laman web eRezeki dan eUsahawan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.