Hiburan
“Bagi Saya Dia Dah Kahwin Jadi Nak Rapat Kena Ada Limit” - Bukan Gementar, Fikry Ibrahim Hormat Nabila Huda
Pelakon Fikry Ibrahim menidakkan spekulasi yang mendakwa dirinya gementar berlakon dengan aktres Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil dalam filem Rahsia arahan Shamyl Othman.
Jelas Fikry, dia hanya menghormati Abil memandangkan mereka berbeza umur selain statusnya sebagai isteri orang.
“Saya tak gementar, tapi mungkin interpretasi dia yang melihat saya gementar. Bagi saya dia dah kahwin jadi nak rapat pun kena ada limit.
“Saya punya rasa hormat yang tinggi sebab dia lebih berusia. Abil sampai cakap, ‘Saya isteri awak, jadi tolong layan macam isteri’. Saya terus keluar perkataan, aduh!,” katanya sambil ketawa kepada HLive.
Tambah pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu menyatakan dia tidak menggunakan panggilan kakak kepada Abil.
“Bukan maksudnya saya takut, kalau takut saya tak tegur. Suami Abil ada minta dekat saya untuk tidak panggil isterinya dengan panggilan kakak.
“Saya memang dah rancang tanak panggil dia kakak masa penggambaran tapi kena tukar sejak sesi latihan lagi,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video