Sukan
Bahagian Sulit 'Dipicit' Di Padang Bola, Penyokong Harap Arif Aiman Tak Trauma Lepas 'Dicabul' Pemain Buriram United
Aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Buriram United pada Selasa berlangsung panas dengan pengadil melayangkan tiga kad merah.
Tiga kad merah itu dilayangkan kepada dua pemain JDT dan satu bintang Buriram dengan perlawanan berkesudahan 0-0.
JDT menerima kad merah seawal minit ke-12 selepas Murillo Henrique menafikan peluang menjaringkan gol ketika Buriram melakukan serangan ke pintu gol mereka.
Nasib serupa menimpa Buriram di penghujung babak pertama apabila ketua pasukan, Theerathon Bunmathan pula dibuang pada selepas melakukan kekasaran tanpa bola terhadap Arif Aiman.
Satu lagi kad merah pula dilayangkan kepada pertahanan dari Korea Selatan, Park Jun-heong selepas melakukan terjahan keras pada lewat permainan.
Insiden melibatkan Arif itu berlaku jelas dan berjaya ditangkap oleh kamera sewaktu perlawanan. Penyokong JDT berharap agar bintang Harimau Malaya itu tidak trauma selepas 'dicabul' oleh kapten skuad kebangsaan Thailand itu.
Bunmathan dirakam mencubit bahagian sensitif Arif sehingga menyebabkan bintang JDT itu mengerang kesakitan.
"Nak main bola pun dah tak selamat sekarang (sebab) kena cabul atas padang," kata penyokong bernama Syahmie Ali.
"Apa la kapten Buriram ni, main bola sepak pun masih nak cabul kehormatan orang lain, nasib baik kena kad merah," komen Mikhail Al-Sagoff.
"Lepas perlawanan pergi buat laporan polis tau. Gangguan seksual tu boleh bagi saman malu," pesan Zamri Shah.